Masalah keputihan adalah masalah yang tidak asing lagi di kalangan kaum wanita. Ada kalanya para wanita sendiri tidak tahu apa itu keputihan dan bagaimana keputihan itu terjadi. Ini menyebabkan mereka mengambil mudah mengenai perkara ini. Tahukah anda, jika masalah keputihan ini tidak ditangani dengan serius dan cepat, ia mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti kegatalan kepada bahagian kemaluan, kemandulan dan yang lebih serius boleh menyebabkan kanser rahim.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan keputihan kepada wanita. Ada yang disebabkan oleh perubahan hormon, jangkitan kuman, faktor kebersihan dan juga disebabkan oleh jangkitan virus. Untuk mengelakkan masalah keputihan ini terjadi, wanita haruslah mengambil berat tentang kebersihan kawasan vagina. Kawasan vagina yang tidak dijaga kebersihannya dengan baik, akan menimbulkan masalah keputihan.

Jadi, sebelum ianya terjadi, berusahalah untuk mencegahnya. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Entry kali ni, kami kongsikan 10 tips mencegah keputihan yang perlu diamalkan oleh para wanita, supaya masalah keputihan dapat dielakkan.

Cara Mencegah Keputihan

Berikut merupakan antara 10 cara untuk mencegah keputihan. Amalkan dan jangan ambil mudah.

  1. Bersihkan selalu organ intim anda. Bersihakan dengan menggunakan pembersih yang tidak menyebabkan gangguan kestabilan pH pada kawasan vagina. Gunakan produk pembersih yang diperbuat daripada bahan semulajadi ataupun bahan susu. Produk yang diperbuat daripada bahan susu dapat menjaga pH seimbang dan juga dapat meningkatkan bakteria baik yang diperlukan pada bahagian vagina. Elakkan penggunaan sabun antiseptik kerana ianya kurang baik untuk vagina dalam jangka masa panjang. Ini kerana ianya bersifat agat keras.
  2. Jangan menggunakan bedak yang bertujuan membuat vagina wangi atau kering. Struktur bedak sangat kecil dan halus, dan ini menyebabkan ia mudah terselit dan tidak dapat dibersihkan dengan baik, sehingga boleh mengundang datangnya kulat pada vagina.
  3. Keringkanlah selalu vagina anda selepas mandi, cebok atau mencuci vagina sebelum anda berpakaian.
  4. Gunakan seluar dalam yang kering. Jika anda perlu berada di luar untuk waktu yang lama, bawalah seluar dalam lebih untuk diganti bila perlu. Ini juga sesuai untuk digunakan ketika anda mahu menunaikan solat.
  5. Gunakan seluar ataupun pakaian yang memiliki ruang udara yang cukup, seperti kain atau skirt. Jangan terlalu kerap menggunakan seluar yang ketat, ini akan  menyebabkan pengudaraan di kawasan kewanitaan boleh terganggu.
  6. Gunakan seluar dalam dari bahan cotton ataupun jenis kain yang boleh menyerap peluh dengan baik.
  7. Sewaktu datang haid, selalulah menukar tuala wanita yang digunakan. Elakkan penggunaan tuala wanita yang sama terlalu lama, terutamanya pada waktu aliran yang banyak.
  8. Gunakan panty liner pada waktu yang dirasakan perlu sahaja, dan jangan gunakan untuk tempoh yang terlalu lama.
  9. Jika anda stress, ambil waktu untuk bergembira ataupun bercuti. Tenangkan fikiran anda. Ini kerana stress juga dapat menyebabkan berlakunya keputihan.
  10. Kurangkan kegiatan yang boleh membuatkan anda sangat letih, kepanasan dan banyak mengeluarkan peluh. Jika sudah melakukan aktiviti tersebut, segerakan untuk mandi dan bersihkan tubuh anda terutamanya pada kawasan kemaluan.

Jangan pandang remeh mengenai hal ini. Cegahlah sebelum terlambat. Jika keputihan dah datang menjengah vagina anda, akan banyak masalah lain yang akan timbul. Jadilah wanita yang cantik luarannya, serta bersih kewanitaannya. Dan berusahalah untuk jadi isteri yang sentiasa ‘wangi’ untuk suami..

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ingat tu..:-)

Tetapi jika anda mengalami masalah keputihan, dan ingin mencuba produk Shaklee yang sesuai, boleh terus hubungi saya di 019-6698505 (whatsapp) ataupun terus PM saya di facebook personal saya Chrysalis Nurul.

Jangan biarkan masalah keputihan membelenggu diri anda.

10 Tips Mencegah Keputihan yang sering diambil Mudah oleh Wanita

One thought on “10 Tips Mencegah Keputihan yang sering diambil Mudah oleh Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge