Kebanyakan daripada kita, selalu beranggapan, “kalau nak kuruskan badan, tak boleh makan yang sedap-sedap”. Nasi tak boleh makan, roti tak boleh makan, kena makan oat je…. Samapai akhirnya, niat nak turunkan berat terpaksa dikuburkan macam tu je sebabnya “takut” tak dapat makan yang sedap-sedap.

Hari ni, saya yang mempunyai pengalaman menurunkan sebanyak 16kg berat badan saya, nak kongsi 12 makanan yang bagus untuk kuruskan badan. Dalam proses saya menurunkan berat, makanan-makanan inilah yang selalu saya makan dan amalkan mengikut portion dan waktu yang sesuai. Saya tak pernah berlapar tau sepanjang saya menurunkan berat. Malah dapat makan 6 kali sehari lagi.. Best kan? Okay, jom saya kongsikan makanan apa yang bagus untuk korang amalkan kalau nak kurus..

Jemput baca kisah saya —>>> Berjaya turunkan 16kg berat badan dengan 4 tips mudah. 

  • Roti Wholegrain/Tinggi serat

Roti yang tinggi serat selalunya mempunyai tekstur yang agak kasar dan tak berwarna putih. Roti wholegrain ni ada tambahan serat dan akan buat kita rasa kenyang lebih lama. Roti jenis macam ni juga sangat bagus untuk proses pembuangan. Pada kebiasaannya, saya selalu memilih roti Wholemeal Gardenia sama ada yang paket purple ataupun yang hijau (Sommerset). Boleh tengok gambar contoh kat bawah roti yang saya selalu beli.

makanan yang bagus untuk kuruskan badan
Kebiasannya, saya selalu beli Gardenia Sommerset atau Canadian Purple.
  • Nasi Perang @ Spageti Perang @ Bihun Perang

Kumpulan karbohidrat yang macam ni, mempunyai serat yang tinggu sama seperti roti wholegrain. Serat sangat baik untuk membantu pengawalan gula dalam darah. Yang penting, makan ikut kuantiti yang sesuai dan betul. Kalau ambil berlebihan pun tak membantu kita kurus. Ambil secukupnya dan jangan ambil berlebihan. Ni contoh bihun perang yang saya pernah beli.

makanan yang bagus untuk kuruskan badan
Antara pilihan beras, bihun dan spageti yang boleh dibeli.
  • Oat

Oat dapat memberi kita rasa kenyang lebih lama. Contohnya, kalau kita ambil oat waktu sarapan pagi, kita boleh kawal rasa lapar tu lebih lama dan dapat elak makan makanan yang tak sepatutnya sebelum tiba waktu makan tengahari. Saya lebih gemar guna rolled oat berbanding instant oat. Ini kerana, rolled oat teksturnya lebih berserat dan bentuknya lebih sempurna berbanding instant oat. Kat bawah ni contoh rolled oat yang pernah saya beli.

makanan yang bagus untuk kuruskan badan
Ni antara contoh rolled oat yang saya pernah beli.
  • Ayam @ Ikan @ Daging

Ketiga-tiga makanan ni, dalam kategori sumber protein. Pengambilan protein yang cukup, dapat membantu meningkatkan metabolisme badan. Saya selalu lebihkan pengambilan ikan dan ayam. Untuk daging saya hadkan seminggu sekali atau 2 minggu sekali je.

  • Susu

Ada beberapa jenis susu di pasaran kita. Dan biasanya, jika nak kuruskan badan, kita digalakkan mengambil susu rendah lemak atau susu skim. Susu segar (fresh milk) atau susu full cream tidak digalakkan kerana mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Selain daripada susu lembu, kita juga boleh mengambil susu soya. Elakkan susu soya dalam tin atau botol sebab kandungan gulanya amat tinggi! Saya lebih suka ambil ESP atau Cinch Shake as minuman harian saya. Selain ianya rendah lemak, ianya diperbuat daripada kacang soya Non-GMO yang sangat baik untuk kesihatan. Ianya juga rendah indeks Glisemik dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

makanan yang bagus untuk kuruskan badan

  • Yogurt rendah lemak

Pilih snek yang bagus seperti yogurt rendah lemak. Nilai kalorinya rendah, serta mempunyai lemak yang baik dan probiotik yang boleh membantu fungsi usus lebih baik. Bila usus kita sihat, metabolisme badan kita juga akan meningkat.

  • Telur

Telur adalah sumber protein yang baik. Pengambilan protein dapat meningkatkan metabolisme dan kadar pertumbuhan otot dalam badan. Namun, jika anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi, anda perlu menghadkan pengambilan telur kuning dalam sehari.

  • Tuna dan Salmon

Tuna dan salmon mempunyai kandungan lemak baik yang tinggi iaitu Omega 3. Kandungan lemak baik yang tinggi dapat memberikan perlindungan kepada jantung daripada serangan sakit jantung dan membantu menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah. Selain saya makan tuna & salmon, saya juga mengamalkan Omega Guard Shaklee sebagai suplemen harian saya. Omega Guard Shaklee sangat sesuai untuk anda yang mempunyai paras kolestrol yang tidak sihat & sangat membantu dalam menurunkan berat badan.

  • Kekacang

Kekacang sangat sesuai diamalkan sebagai snek pagi atau snek petang. Kekacang mengandungi lemak baik yang dapat menyokong kesihatan jantung. Ambil kekacang yang dipanggang tanpa garam ataupun gula. Beli sendiri kekacang di kedai dan panggang dalam oven. Elakkan beli kekacang yang disalut perasa dan digoreng. Ambil ikut kuantiti yang ditetapkan (boleh rujuk pada gambar kat bawah)

makanan yang bagus untuk kuruskan badan
Portion yang betul untuk snek kekacang. Sebesar 2 jari kita.
  • Buah-buahan

Buah-buahan mempunyai kandungan gula fruktos sebagai sumber tenaga. Dan is mempunyai serat tidak larut pada kulit yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan serat larut pada isi buah untuk mengawal gula dan kolestrol serta kandungan potassium untuk penjagaan otot jantung. Antara buah-buahan yang digalakkan ialah epal hijau, anggur, pisang dan berries. Boleh pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sesuaikan dengan kuantitinya.

  • Sayur-sayuran Hijau

Sayur-sayuran perlu dipilih dengan baik kerana banyak dicemari dengan racun perosak. Basuh sayuran sebaiknya sebelum makan. Saya lebih gemar rendamkan sekejap sayur-sayuran saya dengan beberapa titik air campuan Basic H sebelum masak atau makan. Banyakkan makan sayuran sebagai ulaman untuk mendapat kesan optimum dari nutrien semula jadi. Serat dan zat besi di dalam sayuran dapat membantu masalah hemoglobin yang rendah.

  • Teh Hijau

Teh hijau sebaiknya diambil tanpa gula dan carilah teh hijau yang natural. Teh hijau mengandungi banyak antioksida yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam badan, sekaligus mengurangkan risiko kanser. Dalam masa yang sama, ia juga sangat bagus untuk jantung dan memberikan tenaga sepanjang hari. Saya mengamalkan Cinch Tea Shaklee sebagai teh hijau saya.

Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

Dah habis dah perkongsian saya mengenai 12 makanan yang bagus untuk menurunkan berat badan. Amalkan makan-makanan ini dengan konsisten dan kurangkan pengambilan gula, garam dan makanan berproses dalam diet harian anda. Dan jadikan pemakanan secara sihat sebagai tabiat harian. Proses penurunan berat badan sangat bergantung kepada pemilihan makan yang betul. Jika betul makanan yang anda makan, insyaAllah berat anda akan lebih mudah untuk turun.

Saya kongsikan entry saya berjaya menurunkan berat di —->>> Berjaya Menurunkan 16kg Berat dengan 4 Tips Mudah.

 Teruskan follow entry-entry di blog saya untuk mendapatkan lebih banyak lagi tips mengenai misi menguruskan badan..

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat daripada entry ini.

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan ingin saya bantu, boleh terus whastapp@SMS saya di 019-6698505.

Ataupun terus follow saya di facebook Chrysalis Nurul

12 Makanan yang Bagus untuk Kuruskan Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge