Menjalani kehidupan yang sentiasa tenang dan gembira adalah impian ramai orang, terutamanya para isteri dan para ibu seperti saya. Sudah pasti kita inginkan kehidupan yang indah tanpa dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang stress dan akhirnya membawa kepada masalah yang lebih besar.

Hidup yang penuh dengan tekanan dan masalah, akan membuatkan seseorang mudah celaru dengan hala tuju hidup. Bagi anda yang bijak menguruskan stress, sudah semestinya ianya merupakan perkara yang mudah bagi anda untuk menepis segala anasir yang negatif untuk hadir dalam kehidupan anda. Namun, bagi insan yang masih tidak tahu nagaimana caranya untuk atasi stress, mungkin ia akan menyebabkan anda selalu tertekan dan mudah kemurungan dan ‘bad mood’ dalam melaksanakan tugas-tugas harian.

Setiap daripada kita, sama ada seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang pekerja, seorang bos, seorang jiran, seorang guru, kita semua mempunyai masalah masing-masing dan tekanan hidup yang berbeza. Kita semua diuji oleh Allah dengan masalah-masalah supaya kita menjadi manusia yang lebih kuat dan lebih rasional. Namun, sekiranya perkara paling asas dalam menyelesaikan masalah dan tekanan tidak kita amalkan, agak sukar untuk kita menikmati kehidupan yang lebih tenang dan gembira.

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda semua, 3 cara atasi stress yang paling utama yang mesti kita buat dalam menangangi segala masalah dan tekanan yang melanda. InsyaAllah dengan mengamalkan 3 perkara asas ini, kehidupan kita akan menjadi lebih tenang dan happy. Sama-sama kita hayati perkongsian yang baik dan bermanfaat daripada Puan Lyna Noh (salah seorang sifu saya dalam bisnes Shaklee) ini.

3 Cara Atasi Stress yang paling mudah dan paling asas untuk kita ikut dan amalkan. Mungkin untuk permulaan agak sukar bagi kita. Tapi percayalah, jika kita amalkannya dengan konsisten setiap hari, kita akan dapati kehidupan kita lebih mudah diurus dan keluhan serta tekanan sukar untuk menjengah kehidupan kita lagi. Sama-sama kita amalkan untuk mendapat kehidupan yang lebih tenang dan gembira, dan yang penting sekali sebagai hamba ALlah, kita ingin mendapatkan kehiudpan yang diredhai olehNya. InsyaAllah…

Semoga perkongsian saya hari ni memberi sedikit inspirasi kepada anda untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna. Jika anda inginkan perkongsian saya ini memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, jangan lupa untuk share di facebook anda. Terima kasih saya ucapkan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam  lingkungan rahmatNya. Aminnnn

3 Cara Atasi Stress Agar Hidup Lebih Tenang dan Gembira Selalu

One thought on “3 Cara Atasi Stress Agar Hidup Lebih Tenang dan Gembira Selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge