Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Dan sekali gus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.

Tompokan putih menunjukkan tonsil telah dijangkiti kuman.
Tompokan putih menunjukkan tonsil telah dijangkiti kuman.

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan tonsil membengkak.

Tonsil yang bengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan perit di bahagian tekak, sukar untuk menelan makanan ataupun air liur dan sekaligus membantutkan selera makan. Kadang kala boleh jadi lebih teruk, mungkin akan mengalami demam yang tinggi suhunya dan tonsil boleh membengkak hingga mencapai saiz yang besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah boleh mengganggu pernafasan.

Secara amnya, tonsil yang membengkak akan pulih dengan sendirinya, namun mungkin mengambil masa. Dan sekiranya tonsil dijangkiti bakteria, doktor menyarankan supaya mengambil antibiotik supaya penyembuhan berlaku lebih cepat.

Sekiranya sistem pertahanan badan kita lemah, masalah tonsil membengkak boleh berulang empat atau lima kali setahun. Jika ini berlaku, biasanya doktor akan nasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil.

Sebelum radang tonsil ini menjadi lebih teruk dan membengkak lebih besar, saya nak kongsikan 4 cara mudah untuk kecutkan bengkak tonsil yang anda boleh buat hanya di rumah. Inilah cara yang saya buat waktu tonsil saya membengkak bulan lepas.

4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil

1. Banyakkan minum air masak & air suam.

Cara ini yang paling mudah dan yang paling senang. Banyakkan minum air masak suam. Elakkan minum air sejuk berais. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

minum-air-masak

2. Pilih Makanan Yang Lembut dan Berkhasiat

Sepanjang tonsil membengkak, tekak akan sakit dan sukar untuk menelan. Seeloknya, pilih makanan yang lembut seperti bubur nasi atau nasi bersama sup ayam. Elakkan makanan yang pedas-pedas dan berempah. Jus buah-buahan juga sangat digalakkan minum. Pastikan jus buah yang dikisar sendiri bukan yang dalam tin atau botol.

cara-kecutkan-bengkak-tonsil

3. Elakkan Makanan Manis dan Bergula

Sepanjang saya mengalami bengkak tonsil bulan lepas, salah satu cara yang saya buat, elakkan daripada memakan makanan yang manis dan bergula seperti contoh air manis, kek, kuih muih manis dan pencuci mulut yang mengandungi gula. Tonsil membengkak salah satunya disebabkan sistem pertahanan (sistem imun) kita lemah.

cara-kecutkan-bengkak-tonsil

Gula putih salah satu makanan yang boleh melemahkan sistem imun badan kita. Jadi, seeloknya pantang sementara dan elakkan mengambil makanan bergula sehingga betul-betul sembuh.

4. Rawat dengan Set Kecut Bengkak Tonsil Shaklee dan Tingkatkan Sistem Imun Badan

Sekiranya tonsil anda berulang kali membengkak dan dijangkiti kuman, itu tandanya sistem pertahanan badan anda lemah. Cara yang terbaik untuk mengelakkan bengkak tonsil berulang, adalah dengan cara meningkatkan sistem imun badan. Berikut merupakan antara cadangan vitamin Shaklee yang sesuai untuk merawat bengkak tonsil dan dalam masa yang sama meningkatkan sistem pertahanan badan anda.

vitamin-bengkak-tonsil

Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang sangat bagus. Ia berfungsi untuk menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman.

Nutriferon sangat bagus untuk mengukuhkan sistem imunisasi badan kita dalam masa 3 hari. Ia juga membantu mengurangkan kelesuan badan dan mengelakkan tonsil membengkak dengan lebih besar.

Vitamin C membantu untuk menyokong sistem imunisasi badan. Iaitu mengurangkan demam, selesema dan batuk. Ia juga membantu sel darah putih untuk menghalang bakteria yang wujud dalam badan merebak ke organ lain. Ada sesetengah bengkak tonsil perlu dibedah untuk mengelak jangkitan ke bahagian lain. Agak menakutkan sebenarnya kalau kita dengar kan.

Omega Guard yang bersifat anti radang sangat bagus untuk mengecutkan tonsil yang bengkak. Ia membantu untuk mengurangkan rasa pedih dan sakit pada tonsil dan sekaligus membantu tonsil mengecut kepada saiz asalnya.

Testimonial Set Kecut Bengkak Tonsil Shaklee

cara-hilangkan-bengkak-tonsil
Bengkak tonsil kecut dan sembuh selepas seminggu mengamalkan vitamin untuk bengkak tonsil

 

testimoni-kecutkan-bengkak-tonsil
Bengkak tonsil sudah mula berkurang selepas mengamalkan Set Kecut Bengkak Tonsil

Untuk merawat bengkak tonsil ni, bergantung sepenuhnya kepada sistem imunisasi badan untuk mengecut dan kembali kepada bentuk asal. Vitamin yang dicadangkan ini dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita.

Kenapa perlu tunggu sehingga tonsil membangkak lebih besar dan melarat ke organ lain dan perlu dibedah. Sedangkan kita ada alternatif lain untuk menyelesaikannya. Selesaikan masalah bengkak tonsil anda hari ni.

Anda boleh menghubungi saya terus untuk saya berikan konsultasi dan cadangan yang terbaik untuk keadaan bengkak tonsil dan budget anda.

Call/SMS/Whatsapp : 019-6698505

Penghantaran terus ke rumah menggunakan poslaju atau COD di kawasan Tangkak, Muar, Jasin dan Ayer Keroh.

COD kawasan lain : Kulim, Ipoh, Taiping, Pantai Remis, Jalan Kebun, Shah Alam dan Johor Bahru.

 

 

4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Agar Tidak Sakit Lagi Ketika Menelan

One thought on “4 Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Agar Tidak Sakit Lagi Ketika Menelan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge