Bila kita mengalami masalah keputihan, itu menunjukkan badan kita mengandungi asid yg tinggi dan keputihan itu sendiri bersifat asidic. Sebab tu, ramai wanita yang mengalami keputihan, seluar dalam selalu berlubang! Bayangkan… Seluar dalam pun boleh reput akibat kena cecair asid dari dalam badan kita.

Ramai wanita yang tertanya-tanya dan keliru, apakah punca sebenar masalah keputihan yang mereka alami? Ada yg malu nak mengaku ada keputihan. Dan ada juga yang tak tahu sebenarnya mereka sedang mengalami masalah keputihan yang serius. Berikut saya kongsikan, punca-punca dan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah keputihan. Para wanita sila ambil cakna! Jangan biarkan masalah keputihan mengganggu aktiviti seharian anda.

punca keputihan wanita

FAKTOR KEBERSIHAN
Kebersihan di bahagian alat sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti bersama suami. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Jika kebersihan tdi bahagian sulit tidak dijaga dengan rapi, bakteria dan kulat mudah membiak dan menyebabkan keputihan. Sebaiknya, peliharalah alat sulit anda seperti anda menjaga kecantikan kulit wajah.

FAKTOR HORMON
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak untuk menghasilkan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.

FAKTOR GAYA HIDUP
Taraf kesihatan seseorang wanita, sangat dipengaruhi oleh gaya hidup yang mereka lalui. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj. Setialah pada pasangan anda dan elakkan aktiviti seks bebas.

FAKTOR KESIHATAN
Wanita yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS  atau barah juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj.

Masalah keputihan adalah satu tanda besar bahawa tubuh badan kita sedang bekerja dengan lebih ‘penat’ dan kurang sihat. Bila berlakunya masalah keputihan, pasti akan disertai dengan masalah lain seperti rambut gugur, migrain, moody, cepat marah, kurang keyakinan diri dan mudah merasa murung. k

Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang merbahaya. Keputihan yang dah bertukar warna kehijauan, gatal dan berbau, itu tandanya dah semakin kronik. Perlu ditangani segera. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan.

Jika anda mengalami masalah keputihan ni, jangan lengah-lengahkan untuk merawatnya. Bagi isteri yang mengalami masalah keputihan, jangan biarkan ianya menggangu hubungan seksual anda suami isteri. Jangan sampai suami menjauhi anda hanya kerana disebabkan oleh masalah keputihan yang tidak diselesaikan. Anak dara pun selalu kena. Especially yang tidak ambil berat tentang kebersihan alat sulit.

Jangan pandang remeh mengenai masalah keputihan ni. Atasinya segera sebelum ianya menjadi lebih serius.

Jika anda ingin berikhtiar menyelesaikan masalah keputihan ini dengan Set Keputihan Shaklee, boleh terus boleh terus hubungi saya di 0193048505 (whatsapp) ataupun terus PM saya di facebook personal saya Chrysalis Nurul.

Jangan biarkan masalah keputihan membelenggu diri anda.

 

4 Punca Masalah Keputihan berlaku pada Wanita. Sila Ambil Cakna!

One thought on “4 Punca Masalah Keputihan berlaku pada Wanita. Sila Ambil Cakna!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge