Berat badan yang naik mendadak semasa mengandung, membuatkan si ibu rasa tertekan nak berdiet semula semata-mata nak dapatkan berat badan seperti masa sebelum mengandung. Saya juga mengalami masalah ni sewaktu saya mengandungkan Ahmad Danial, anak saya yang kedua. Mana tak nya, berat saya naik hampir 15kg dari berat sebelum saya mengandung anak pertama. Bayangkan berapa banyak kilogram yang saya kena buang untuk dapatkan berat yang sama macam saya mula-mula kahwin dulu. Entri kali ni, saya nak share pengalaman saya, apa yang saya buat sepanjang berpantang dan selepas berpantang, untuk buang berat badan yang tak diperlukan tu. Semoga dengan sedikit sebanyak tips yang saya kongsikan ini dapat membantu kalian untuk dapatkan berat badan  yang diidam-idamkan.

Inilah antara 5 cara yang konsisten saya lakukan semasa dan selepas berpantang untuk mencapai misi berat badan kembali kepada berat asal.

  1. Menyusukan Anak Secara Ekslusif
    Saya memanfaatkan sebaik mungkin semasa menyusukan anak saya. Saya cuba menyempurnakan penyusuan ekslusif anak saya selama 6 bulan pertama. Disebabkan kalori yang terbakar sepanjang menyusukan anak agak banyak, hampir 600 kalori, jadi kenapa harus kita sia-siakan peluang tu kan. 600 kalori tu diibaratkan macam kita beraerobik selama 2 jam tau. Setiap kali bayi berada dengan saya, saya akan susukan secara direct sekerap mungkin. Secara tak langsung kalori lebih mudah dan cepat terbakar tanpa perlu bersusah-susah melakukan senaman berat.
  2. Menjaga Pemakanan dan Pengambilan Kalori
    Bila tiba bab makan, memang saya jaga sangat-sangat. Masa dalam pantang, dah terbiasa makan nasi segenggam dan lauk-pauk yang rebus-rebus ataupun bakar-bakar je. Jadinya, saya terus decide saya nak continue je lauk-pauk jenis macam tu. Kurang minyak dan kurang guna santan. Lagi satu, ambil makan malam sebelum pukul 7 malam. Memang sangat-sangat membantu.
  3. Minum Air Masak 3 liter Sehari
    Saya mula mendisiplinkan diri untuk minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Biasanya saya akan sukat dalam botol air siap-siap berjumlah 3 liter Lepas tu, saya kelek botol air tu mana-mana pun saya pergi. Minum sikit-sikit sampai habis dari pagi sampai sebelum tidur.
  4. Menyekat Pengambilan Gula dan Ais Berlebihan
    Saya mula konsisten dengan HANYA mengambil air manis sehari segelas je. Itupun pada waktu sarapan. Kadang-kadang tekak ni teringin nak minum air teh la, air kopi la. Saya mula hadkan pengambilan air manis segelas je sehari. Ais pun saya elakkan. Saya amalkan minum air masak atau air suam je walaupun bila makan kat kedai. Selama beberapa bulan saya konsisten, nampak kesan yang sangat memberangsangkan.
  5. Pengambilan Set Kurus Shaklee Secara Konsisten
    Cara terakhir yang saya usahakan dengan mengambil set kurus Shaklee secara konsisten dan tanpa miss. Pengambilan set kurus Shaklee memang sangat-sangat membantu saya daripada mengidam makanan-makan manis, perut rasa terlalu lapar dan yang paling best, herblax yang ada dalam set kurus Shaklee tu bantu saya detox dan flush semua yang tersimpan lama dalam usus tu. memang best sangat-sangat. Yang nak ikuti kisah saya sendiri yang turun berat badan dengan Set Kurus Shaklee, boleh baca cerita saya di sini.

Semoga dengan perkongsian saya kali ini dapat memberi sedikit idea dan semangat kalian semua untuk berusaha mencapai berat yang diidam-idamkan. Memang ianya tidak semudah yang disangka, namun jika dibuat dengan hati yang kental dan dibantu dengan suplemen yang betul, InsyaAllah ianya akan menjadi mudah dan tanpa stress. Semoga berat yang diidamkan menjadi milik kalian dan dapat menyarung kembali kebaya sebelum ini, InsyaAllah. Selamat berusaha dan amalkan tips yang saya bagi tadi ye. Jika kalian perlukan khidmat saya ataupun ada pertanyaan mengenai Set Kurus Shaklee, boleh terus whatsapp saya di 0193048505 (Nurul).

Salam sayang,

Nurul


5 Cara Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Supaya Boleh Sarung Kebaya Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge