Pada artikel yang lepas, kami kongsikan 8 tips untuk mencegah gigi sensitif berlaku. Seseorang yang mempunyai masalah gigi sensitif mudah terasa ngilu atau sakit pada gigi atau gusi apabila terdedah kepada makanan atau minuman panas, sejuk, manis mahupun masam. Sakit gigi atau gusi amatlah menyeksakan sehingga boleh buat anda tidak tidur malam! Hal ini terjadi apabila lapisan dalam gigi (dentin) atau gusi yang menyusut akibat terhakis.  Anda juga boleh terus membaca artikel 8 tips mencegah gigi sensitif berlaku.

Untuk artikel kali ini, kami kupaskan punca bagaimana gigi sensitif boleh terjadi. Berikut kami senaraikan 5 punca gigi sensitif boleh berlaku.

punca gigi sensitif

1.Kerap mengambil makanan dan minuman berasid seperti buah atau jus yang masam serta minuman bergas hingga menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.

2.Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik salah hingga mencederakan dan mendedahkan akar gusi. Kesannya gigi mudah berasa ngilu.

3.Gangguan pemakanan seperti bulimia yang memuntahkan semula makanan atau individu yang mengalami penyakit refluks gastroesofagus (GERD) juga menyebabkan permukaan gigi mudah haus dan menyebabkan gigi menjadi sensitif. Ini disebabkan makanan terhadam yang dikeluarkan semula sudah bercampur dengan asid.

4.Kerap memberus gigi berulang kali setiap hari boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.

5.Tabiat pemakanan dengan nilai pH rendah turut menyumbang kepada masalah lapisan enamel terhakis. Anda boleh semak jenis makanan dan minuman yang nilai pH rendah (berasid) di bawah.

makanan dan nilai PH

Sekarang anda sudah tahu beberapa punca gigi sensitif boleh berlaku. Anda boleh teruskan membaca tips mencegah gigi sensitif.

 

5 Punca Gigi Sensitif yang Buat Anda Tidak Tidur Malam

One thought on “5 Punca Gigi Sensitif yang Buat Anda Tidak Tidur Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge