Hari ni saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang tips mendapatkan anak perempuan ni. Untuk pengetahuan semua, tips ini telah dibuat oleh kawan Shaklee saya sendiri iaitu Puan Salwa dan Encik Fauzie semasa mereka sedang berusaha mendapatkan anak perempuan untuk anak ketiga mereka. Dan yang menggembirakan, tips yang mereka buat ni berjaya dan berhasil mendapat anak perempuan. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi..

Dan ini membuatkan saya terus tertarik untuk turut memahamkan tips-tips yang beliau kongsikan. Setelah memahami tips-tips tersebut, saya kongsikan kembali untuk tujukan kalian semua.

Tips dapatkan anak perempuan

Inilah Puan Salwa bersama anak perempuannya, Nur Qisya. Qisya adalah anak ketiga dan sebelumnya kedua-duanya lelaki. Situasi ini sama seperti saya yang dah ada 2 orang anak lelaki sekarang. Dan yang kedua dah pun dah berumur 2 tahun 9 bulan. Dah tiba masanya untuk saya amalkan tips ini secara serius dan bersungguh-sungguh.

Okay, jom kita lihat satu persatu tips-tips yang Puan Salwa kongsikan untuk mendapatkan anak perempuan.

tips dapatkan anak perempuan

1- Jaga Pemakanan. Elakkan makanan laut (seafood) dan lebihkan makanan berasid.

Sebaiknya elakkan makan laut (seafood) dan lebihkan makanan yang berasid yang masam-masam seperti nenas, asam dan limau. Di samping itu juga, amalkan sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi. Makanan yang kaya dengan lemak dan makanan diperbuat daripada susu juga sangat-sangat digalakkan untuk ambil.

2. Kenal pasti waktu subur isteri.

Untuk mendapatkan anak perempuan, hubungan suami isteri mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari atau 24jam SEBELUM hari ovulasi (waktu subur). Jadi, kerapkan hubungan bersama suami sebelum waktu subur (waktu ovulasi). Waktu ovulasi ni maksudnya waktu telur (ovum) kita dihasilkan (dikeluarkan). Bagaimana caranya untuk kita mengira waktu subur ni, kalian boleh rujuk pada carta yang saya sertakan di bawah.

tips dapatkan anak perempuan

Sebagai contoh, jika kita datang period, pada 1hb-5hb (warna hijau), waktu ovulasi kita yang seterusnya adalah pada 14hb. Jadi 2 hari sebelum 14hb, kerapkanlah melakukan hubungan bersama suami.

Bacaan tambahan mengenai kiraan waktu subur —>>> Ovulasi

Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur. Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

Jadi, kita kena buatkan supaya benih Y ni mati sebelum sempat sampai kepada benih perempuan. Dan beri peluang kepada benih X untuk berjaya bertemu dengan benih perempuan. Di situlah akan menghasilkan persenyawaan benih XX. Kalau tak faham, meh tengok carta kat bawah ni.

tips dapatkan anak perempuan

Senang cerita, persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi). Jangan bersama selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sebaiknya, bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperma boleh hidup dalam rahim 4-5 hari. Jadi, sperma akan bersiap sedia sebelum ovum keluar.

3- Lakukan Teknik Hubungan Bersama Suami yang Sesuai.

Tiada posisi khas yang akan saya kongsikan untuk tips ini. Cuma, antara teknik hubungan yang sesuai untuk mendapatkan anak perempuan, yang penting adalah tidak melakukan penetrasi yang terlalu dalam. Ini kerana, sifat sperma X yang lambat tetapi boleh bertahan lama.. Jadi, kita perlu menyediakan perjalanan sperma yang lebih jauh dan lambat untuk sampai kepada benih perempuan. Keadaan ini sudah pasti akan menguntungkan benih X kerana benih Y sudah terlebih dulu mati sebelum mencapai tujuan kerana jangka hayatnya yang pendek.

4- Mengatur dan Mengawal Tahap Kepuasan

Nampak gaya macam agak sukar. Tetapi boleh cuba. InsyaAllah boleh. Bila menginginkan anak perempuan, sebaiknya suami terlebih dahulu mencapai kepuasan sebelum isteri. Ini  bagi mewujudkan keadaan yang lebih berasid yang boleh meransang pergerakan sperma X.

5- Menggunakan Jadual Kuno Cina sebagai Rujukan

Salah satu tips yang Puan Salwa amalkan adalah dengan cara merujuk Jadual Kuno Cina ini sebagai panduan. Beliau bukanlah mempercayainya 100%, tetapi menggunakan beberapa info daripada Jadual Kuno Cina ini untuk menentukan waktu bila seharusnya berusaha lebih keras. Okay, jom kita tengok macam mana cara nak guna Jadual Kuno Cina ni.

tips dapatkan anak perempuan

Ini saya kongsikan petikan daripada perkongsian Puan Salwa.

Ini cara atau pemahaman saya dan suami baca jadual Kuno Cina. Merancang untuk hamil..
Saya nak baby girl pada tahun 2014
Umur saya 29 tahun pada tahun 2014
Peluang saya untuk dapat baby girl adalah pada bulan Januari, Mac, April, Oktober, November dan Disember..
Saya bercadang untuk dapat baby girl pada bulan oktober.. so 9 bulan sebelum Oktober iaitu antara bulan Januari dan Februari kami kena berkerja keras (persenyawaan)
->> umur saya 25 tahun, bersalin anak pertama bulan Mac = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 27 tahun, bersalin anak kedua bulan Oktober = Lelaki.. (Betul)
->> umur saya 29 tahun, bersalin anak ketiga bulan Oktober = Perempuan.. (Betul)
Ini adalah ilustrasi yang diberikan oleh Puan Salwa. Jadi, sebelum buat pengiraan menggunakan Jadual Kuno Cina ni, kita kenalpasti terlebih dahulu umur kita waktu nak bersalin, dan pada bulan berapa kita nak bersalin. Kemudian, bila kita harus berusaha segigihnya.
Ha… Faham tak kiraan guna Jadual Kuno Cina ni? Kalau tak faham, boleh hubungi saya, insyaAllah saya cuba bantu fahamkan. Ataupun baca entry ni dulu Cara Menggunakan Jadual Kuno Cina.

6- Amalkan Surah Maryam dengan Lebih Kerap

Selain melakukan usaha-usaha fizikal, berserah dan memohon hajat kepada Allah S.W.T jangan sekali-kali diabaikan. Kerapkanlah membaca Surah Maryam dan lakukanlah solat hajat untuk memohon hajat mendapatkan anak perempuan. Sesungguhnya kita hanya berusaha dan merancang, Allah sebaik-baik pelaksana. Selain daripada Surah Maryam, Puan Salwa juga mengamalkan surah-surah berikut :-

  • Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Yusuf – Untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – Untuk anak yang cerdik
  • Surah Yassin – Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Al-Hujurat – Untuk membanyakkan susu ibu
  • Surah Maryam – Untuk memudahkan bersalin

Namun diingatkan, setelah berusaha bersungguh-sungguh, letakkan sepenuh tawakal kepadaNya. Jika berjaya mendapatkan anak perempuan, jangan lupa bersyukur kepada DIA. Sekiranya tak berjaya, jangan mengalah. Terima ketentuan dan usahalah lagi.. 🙂

 

Itulah 6 tips yang dikongsikan oleh Puan Salwa dalam usaha beliau mendapatkan anak perempuan. Dan Alhamdulillah ianya berhasil.

Untuk melihat entry asal Puan Salwa, boleh terus ke sini Tips atau Cara Untuk Dapat Anak Perempuan.

Kepada yang memang dah lama berhajat inginkan anak perempuan seperti saya, boleh cuba amalkan tips ini dan berusahalah segigihnya. Dan jangan lupa, bersedia sebelum merancang untuk hamil. Pastikan badan kita fit dan lengkapkan nutrisi sepenuhnya supaya bayi yang bakal kita kandungkan sihat dan sempurna. Untuk sebarang pertanyaan mengenai Set Kehamilan Shaklee, boleh terus rujuk kepada saya.

Selamat mencuba..:-)

Jika ada apa-apa pertanyaan mengenai tips ini dan Set Kehamilan Shaklee, boleh terus hubungi saya di nombor yang tertera di bawah. Jangan segan-segan ya..

SMS/Whatsapp : 0193048505

PM Facebook : Chrysalis Nurul

pengedar shaklee tangkak muar

6 Tips Dapatkan Anak Perempuan untuk yang dah Lama Berhajat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge