Masalah gigi sensitif tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Selalu kita dengar gigi terasa sakit bila makan makanan yang manis atau panas, terasa ngilu bila minum minuman sejuk atau masam, ngilu bila menggosok gigi dan lain-lain lagi . Simptom tersebut merupakan simptom gigi sensitif iaitu rasa ketidakselesaan atau sakit pada gigi.

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi iaitu enamel atau simentum terhakis hingga menyebabkan lapisan dentin terdedah. Dentin terdiri daripada lubang kecil yang dipanggil tubul. Di hujung tubul terkandung cabang saraf yang berasal daripada pulpa gigi (pusat saraf gigi). Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk, cabang saraf di dalam gigi akan dirangsang, sekali gus menyebabkan kesakitan pada gigi sensitif.

Gigi sensitif bukan saja tidak menyenangkan, tapi boleh mengganggu kehidupan seharian individu itu sendiri.  Bertambah tertekan apabila individu yang mempunyai masalah gigi sensitif tidak dapat menikmati hidangan digemari. Menahan ketidakselesaan atau mengelakkan makanan kegemaran terutama yang sejuk, manis, pedas dan masam tidak akan membantu membebaskan diri daripada rasa ngilu. Untuk entry kali ini, kami kongsikan tips atau cara untuk mengelakkan gigi sensitif.

tips cara elak gigi sensitif

 

Berikut merupakan 8 tips atau cara untuk mengelakkan gigi sensitif.

1.Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan semua bahagian gigi dengan teknik memberus dan flos gigi yang betul.

2.Elakkan memberus secara mendatar kerana ia akan menyebabkan rasa ngilu pada gigi.

3.Gunakan berus gigi yang lembut. Berus secara ­perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan hakisan permukaan gigi serta kecederaan gusi.

4.Gunakan ubat gigi berfluorida. Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat membantu melindungi gigi. Ini kerana fluorida membantu menguatkan lapisan enamel gigi.

5.Awasi pemakanan yang diambil. Kurang­kan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid serta bergas seperti limau kerana boleh menambahkan rasa sensitif.

6.Kumur dengan air biasa selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Ini adalah untuk membantu mengurangkan kesan buruk akibat gabungan asid dan hakisan gigi semasa memberus.

7.Rawat tabiat mengasah gigi. Jika suka mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung semasa tidur.

8.Berjumpa doktor gigi secara berkala. Dapatkan pemeriksaan dan pembersihan gigi, cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor setiap enam bulan sekali.

Jika anak anda atau pasangan anda mengadu atau mengalami masalah gigi sensitif ini, jangan ambil mudah kerana sakit gigi amatlah menyeksakan. Lebih baik kita mencegah sebelum terlambat. Dan jika anda ingin mencuba produk Shaklee yang bersesuaian untuk mencegah gigi sensitif, boleh terus hubungi saya di 0193048505 (whatsapp) ataupun terus PM saya di facebook personal saya Chrysalis Nurul.

 

8 Tips Mengelakkan Gigi Sensitif yang sering diambil Mudah oleh Rakyat Malaysia

2 thoughts on “8 Tips Mengelakkan Gigi Sensitif yang sering diambil Mudah oleh Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge