Cabaran 30 hari berblog hari ni, bertemakan resepi. Disebabkan saya ni memang suka memasak, jadi saya nak share dengan korang semua satu resepi makanan yang biasa kita makan iaitu kuew teow sup. Inilah menu kami masa sarapan pagi tadi. Mungkin ramai yang biasa makan, tapi jarang masak sendiri kat rumah. Menu yang sangat simple, senang untuk dimasak dan sesuai untuk anak-anak kita makan. Kan senang macam tu kan? Masak satu menu yang semua orang boleh makan, daripada bapaknya, emaknya sampailah ke anak-anaknya.

Okay… Jom kita layan gambar step by step yang mudah ni.

IMG_0030-0.JPG

Bahan-bahan yang diperlukan ( 7 orang makan ) :
1- Bawang merah 5 biji ditumbuk
2- Bawang putih 4 biji ditumbuk
3- Ayam 1 ketul dipotong kecil
4- 5 ekor sotong dipotong nipis
5- Sekeping fishcake
6- Carrot dipotong memanjang ( ikut suka nak potong macam mana)
7- Brokoli
8- Sawi
9- Kuew Teow yang dicelur sebentar dengan air panas.
10- Sedikit daun sup & daun bawang
11- Air masak untuk kuah

IMG_0035.JPG

 

Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau harum.

IMG_0041.JPG

Kemudian, masukkan hirisan daging ayam dan sotong dan biarkan sehingga separuh masak.

IMG_0046.JPG

Masukkan air masak. Ikut citarasa korang nak kuah banyak mana.

IMG_0049.JPG

Selepas air mendidih, masukkan carrot, batang sawi dan fish cake.

IMG_0055.JPG

Perisakan dengan garam secukup rasa dan jika korang suka kuah sedikit pekat, boleh masukkan air bancuhan 2 sudu besar tepung jagung ke dalam kuali.

IMG_0056.JPG

Last sekali, masukkan brokoli dan daun sawi. Kacau bagi rata, kemudian tutupkan api. Dah siap!!!

Sekarang bolehlah hidang untuk suami dan anak-anak kesayangan. Boleh dihidang bersama-sama hirisan tahu goreng, tomato, cili merah potong dan juga sambal kicap. Memang marvellous. Sedap baq hang!!!

IMG_0070.JPG

Untuk menu sarapan pagi tadi, kami gandingkan ku teow sup tu dengan bancuhan Cinch Tea Shaklee with Lemon. Teh yang tinggi kandungan antioksidan dan sangat bagus untuk meningkat metabolisme badan kita. Memang sangat sesuai untuk pemberi tenaga berterusan untuk ibu-ibu macam kita yang sibuk dengan kerja harian di pejabat dan di rumah.

Sekian saja resepi saya pada hari ni. InsyaAllah di entry akan datang, akan ada lagi resepi-resepi ringkas untuk anda daripada saya, WAHM (working at home mom). Jumpa lagi di lain entry ya. Akhir kata, selamat mecuba resepi ringkas & mudah ni.. Nanti kalau dah cuba buat, share dengan saya yer..:-)

Salam sayang,
Mama Chrysalis
WAHM with 5 figures

Resepi Kuew Teow Sup Sedap Mama Chrysalis

2 thoughts on “Resepi Kuew Teow Sup Sedap Mama Chrysalis

  • 18 September 2014 at 12:39 am
    Permalink

    Betul tu..satu keluarga boleh makan..mudah di masak.jimat masa.heheh

    Reply
    • 23 September 2014 at 2:43 pm
      Permalink

      Anak2 pun suka kan…sebab tak pedas…:):):)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge