Bila hujung minggu, biasanya kita lebih banyak habiskan masa dengan keluarga kan? Saya lebih suka keluar makan dengan suami dan anak-anak. Terapi sebenarnya bila dapat makan-makan dengan family. Lagipun dulu, saya memang kaki makan. Pantang jumpa iklan makanan sedap-sedap. Mesti nak cuba.

Tapi, bila sekarang ni tengah on diet, makanya aktiviti makan-makan yang agak extreme terpaksa dilupakan. Hehe.. Sekarang ni bila keluar makan, ada beberapa perkara yang saya akan ambil kira. Takkan setiap kali waktu keluar makan kat luar, kita kena ‘cheat’kan? Bila nak kurusnya macam tu..😂😂

Perkara yang paling penting bila kita nak makan kat luar, tapi dalam masa yang sama tetap on track dalam misi kuruskan badan, ada beberapa perkara yang kita kena ambil kira. Kena pandai pilih makanan bila kita nak makan kat luar. Makanan macam mana yang kita nak makan.
1- Pilih makanan yang seimbang. Pilih makanan yang ada semua kumpulan makanan. Ada karbohidrat, protein, serat, vitamin & mineral. Antara contoh yang sesuai nasi ayam, subway, sandwich, nasi berlauk (pilih lauk yang sesuai).
2- Kurangkan makanan yang banyak garam. Makanan yang tinggi dengan garam menyebabkan berat badan kita susah nak turun. Contoh makanan yang tinggi garam seperti makanan masin, fast food dan makanan berproses. Kalau makan kat luar, cuba elakkan sebaik mungkin untuk makan makanan macam ni. Pangkah siap-siap tau list-list makanan ni.
3. Elakkan makanan bergula. Kita pun tahu kan, gula memang boleh menggemukkan. Jadinya elakkan pilih makanan bergula ni. Contoh yang paling mudah, order air masak berbanding air manis. Dan elakkan makanan bergula seperti kek, kuih muih dan aiskrim.
4. Pilih makanan yang dimasak dengan cara yang lebih sihat. Elakkan makanan yang digoreng dan makanan berlemak. Boleh pilih makanan yang dibakar atau yang di stim. Lebih sihat kan? Kalau makan kat luar, saya gemar pilih ikan bakar atau ayam bakar berbanding ayam dan ikan goreng.
5. Order kuantiti makanan sekadarnya dan tidak berlebihan. Elakkan makan terlalu banyak. Cukup kita makan dengan kuantiti untuk portion seorang. Jangan melahap sangat sampai tak ingat ye. Nanti dah tersandar kekenyangan baru nak menyesal.😂
Bila kita dah biasa amalkan cara pemilihan makanan sihat ni bila berada di luar, insyaAllah kita takkan rasa susah bila kita nak bergembira bersama keluarga. Nak spend masa dengan keluarga tak perlu sampai abaikan misi kurus kita kan?
Semoga misi kurus kita sama-sama berjaya. InsyaAllah..😊

Cara Nak Pilih Makanan Di Luar Tanpa Abaikan Misi Kurus

2 thoughts on “Cara Nak Pilih Makanan Di Luar Tanpa Abaikan Misi Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge