Akibat dirempuh sebuah kereta yang ‘makan jalan’, seorang pemuda tercampak ke dalam sebuah gaung dan mengalami patah tulang belakang dan patah tulang di atas telapak kaki. Menurut doktor yang merawatnya, dia terpaksa berkerusi roda dan bertongkat sehingga tulang yang patah tu tumbuh dan sembuh sendiri. Berapa lama? Doktor sendiri tak dapat nak beri kepastian.

Kakinya bersimen dan badannya terpaksa dibalut dengan bengkung keras untuk menyokong tulang belakangnya. Banyak masa dihabiskan di atas kerusi roda dan berbaring sahaja di atas katil. Memikirkan keadaannya sebegitu, pemuda ini mula mencari penyelesaian lain selain hanya bergantung kepada ubat tahan sakit yang diberi doktor.

Beliau yang pada mulanya memandang remeh kepada kepentingan suplemen, akhirnya terpaksa akur bila melalui keadaan terlantar seperti ini. Beliau mula mengamalkan dengan konsisten Set Tulang Patah Shaklee yang disyorkan oleh kakaknya sendiri dalam usaha menyembuhkan tulangnya yang patah akibat kemalangan.

Setelah mengamalkan set tulang patah ni dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, beliau membuat pemeriksaan di hospital. Alangkah gembiranya beliau bila hasil ujian x-ray, tulangnya yang patah dah kembali bercantum. Sampai doktor juga terkejut melihat perubahan positif tulangnya. Simen di kaki dibuka dan doktor sarankan gunakan tongkat sahaja.

Doktor menyarankan bengkung keras pada badan terus dipakai sehingga 6 bulan supaya tulang belakangnya diberi sokongan yang baik dan tidak menghimpit sarag-saraf berdekatan. Namun, atas asbab beliau konsisten dengan pengambilan set tulang patah, pada temujanji ketiga, doktor membuat keputusan untuk membuka bengkus tersebut kerana tulangnya sudah sembuh dan bercantum elok sepenuhnya. Cuma mengambil masa 3 bulan sahaja. Tak perlu dah pakai bengkung tu sampai 6 bulan.

Ikuti sendiri perkongsian cerita dari tuan punya badan iaitu Faiz, yang dah merasi sendiri kesan positif Set Tulang Patah Shaklee.

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.


Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah…Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor. 

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.

 

Ikuti juga video perkongsian saudara Faiz di sini.

 

Suplemen untuk rawat tulang patah:-

Set tulang patah yang saudara Faiz amalkan mengandungi 4 jenis vitamin iaitu ESP, Ostematrix, Joint Health Tablet dan Zinc Complex. Keempat-empat ni dapat mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

1. AJHT untuk kuatkan sendi

Mengandungi glucosamine yang membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi. Juga membantu membina kolagen untuk bahagian tisu penyambungan.

2. Ostematrix untuk kuatkan pembentukkan tulang

Pembentukkan tulang lembut hingga tulang keras sangat memerlukan kalsium yang tinggi. Ostematrix membantu penghasilan sel tisu yang baru untuk tulang yang lebih kuat dan padat.

3. Zink untuk buatkan luka cepat kering

Mempercepatkan proses luka kering secara dalaman dan luaran samada selepas pembedahan ataupun koyakan pada mana-mana tisu.

4. ESP untuk pertumbuhan sel baru

Protein diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah patah ataupun rosak. Tanpa protein berkualiti yang cukup, proses pertumbuhan tulang akan jadi lambat dan tulang yang dihasilkan mungkin tidak kuat.

 

Tulang yang patah akan melalui 5 peringkat dalam proses penyembuhan.

1. Selepas 72 jam pertama – Inflammasi dan pembekuan darah. Pada fasa ini, amalkan pengambilan makanan yang dapat mengurangkan imflamasi/keradangan dan makanan yang dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka seperti zinc complex dan vitamin C.

2. Hari ke 2 hingga minggu ke 2 – Pembentukan tulang lembut. Pada fasa ini, pengambilan kalsium dan protein sangat penting untuk membantu mempercepatkan proses pembentujan sel-sel tulang lembut yang baru.

3. Dalam masa 2 hingga 6 minggu – Tulang keras terbentuk. Proses ini memerlukan keperluan kalsium dan fosfat yang mencukupi. Jika tahap pengambilan dan penyerapan kalsium tidak mencukupi, maka proses pembentukan tulang dan tisu tulang akan terjejas. Ini meningkatkan risiko kerapuhan tulang dan menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada keretakan dan tulang yang mudah patah.

4. Dalam 3 hingga 6 bulan – Proses penyambungan (union). Dalam fasa penyambungan ini, pastikan pengambilan protein dan kalsium mencukupi supaya tulang-tulang yang dihasilkan tulang yang kuat dan tidak rapuh.

 

Tulang yang patah boleh menyebabkan kecacatan kekal jika tidak dirawat dengan betul. Bekalkan badan anda dengan nutrisi yang sihat dan berkhasiat secukupnya supaya tulang baru yang terhasil lebih sihat dan kuat.

Ambil set tulang patah shaklee secara konsisten selama 120 hari untuk kesan yang lebih optimum. Kerana dalam tempoh 120 hari ni, sel-sel dalam badan akan bertukar ataupun di renew. Jadi, sel-sel yang mati disebabkan oleh tulang yang patah/retak akan diperbaharui dengan sel-sel yang baru dan sihat.

Hubungi saya segera untuk dapatkan konsulatasi dan cadangan vitamin yang sesuai untuk keadaan anda.

Nurul
Call/SMS/WhatsApp: 019-6698505
Link direct ke whatsapp saya : www.wasap.my/60196698505

 

Cara Sembuhkan Tulang Patah Dengan Cepat Supaya Tak Perlu Bersimen Atau Bertongkat Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge