Apa itu Kolestrol?

Kolestrol adalah lemak yang secara semulajadi dihasilkan oleh organ kita iaitu hati. Selain daripada dihasilkan secara semulajadi, kolestrol juga kita peroleh daripada pemakanan seharian. Setiap manusia memerlukan kolestrol untuk menjalankan fungsi badan dengan baik. Namun, sekiranya kolestrol ini berlebihan, ia akan mengundang risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung.

Kolestrol dalam badan kita diperoleh daripada 2 sumber, iaitu semulajadi dihasilkan dari hati dan dari pemakanan seharian.
Kolestrol dalam badan kita diperoleh daripada 2 sumber, iaitu semulajadi dihasilkan dari hati dan dari pemakanan seharian.

Bagaimana Nak Turunkan Kolestrol Jika ia Berlebihan?

Saya nak kongsi 6 cara yang boleh dilakukan untuk turunkan bacaan kolestrol. Caranya mudah dan tidak menyakitkan. Cubalah. 🙂

  1. Lebihkan Bergerak a.k.a Bersenam
    Bersenam 2 setengah jam seminggu dapat membantu meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dan mengawal kadar kolestrol jahat  (LDL) dan triglycerides. Tapi, kalau sebelum ini anda seorang yang tidak aktif, mulakan dengan dengan aktiviti ringan yang anda suka. Dan konsisten lakukannya setiap hari. Seperti berjalan-jalan di taman, berkebun ataupun membersihkan kawasan halaman rumah. Kalau ada ‘geng’ nak buat sama-sama lebih baik.cara-turunkan-kolestrol
  2. Tambahkan Pengambilan Serat
    Setiap hari, tambahkan pengambilan serat(fiber) dalam makanan. Contoh makanan yang kaya dengan fiber seperti oat, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Pengambilan fiber dapat membantu menyerap kolestrol berlebihan dalam badan kita. Dan bonus, fiber akan buat kita rasa kenyang lebih lama. Tak adalah nak mengunyah snek je kan? Tapi, pastikan ambil dalam kadar yang sesuai bukan sampai berlebihan.
  3. Lebihkan Ikan
    Ubah dan plan menu harian dengan melebihkan lauk pauk daripada sumber ikan berbanding daging. Ambil ikan 3-4 kali seminggu. Ini membantu untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu yang ada pada daging merah. Bukan daging merah tak bagus, tapi limitkan pengambilannya lebih baik. Pengambilan minyak ikan dalam menu harian juga sangat membantu.
  4. Kurangkan Penggunaan Minyak dan Berubah kepada Minyak Zaitun
    Lemak yang terkandung dalam minyak zaitun, sangat baik untuk jantung kita. Boleh mula kurangkan makanan yang bergoreng (deep fry) seperti pisang goreng, ayam goreng dan makanan bergoreng yang lain. Berubah kepada minyak zaitun yang lebih baik dan berkhasiat.
  5. Berhenti Merokok
    Ada kajian mengatakan, dengan berhenti merokok, paras kolestrol baik (HDL) meningkat sebanyak 5% dalam masa setahun. Berusahalah untuk berhenti merokok dan carilah jalan yang terbaik. Sekiranya anda sering dikelilingi perokok, anda juga harus waspada sebabnya menghirup udara bercampur asap rokok boleh meningkatkan paras kolestrol jahat dalam badan. Bahaya kan?cara-turunkan-kolestrol-dengan-mudah
  6. Ketawa dan Bergembiralah
    Ambillah masa untuk bergembira dengan keluarga dan rakan-rakan. ‘Laughter is like medicine’ selalu kita dengarkan? Jadi bergembiralah. Ketawa dan gembirakan hati anda. Ia membantu meningkatkan kolestrl baik dalam badan. Elakkan stress yang melampau. Spend masa untuk tonton video kelakar ataupun cerita-cerita yang lucu.

Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anda menurunkan kolestrol dan sekaligus mengurangkan risiko sakit jantung. Cubalah tips yang saya bagi tu. InsyaAllah membantu. Semuanya bermula dengan tindakan kita sendiri. Mulakan hari ni, dan hargailah kesihatan yang Allah beri. Semoga anda sentiasa sihat dan berusaha untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

Kesihatan itu mahal harganya.

 

Cara Turunkan Kolestrol dengan Mudah Tanpa Menyakitkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge