Assalamualikum w.b.t

BERITA BAIK UNTUK ANDA!!

Bagi anda yang gemar mengambil gambar si manja….Inilah masa yang sangat sesuai untuk anda menunjukkan skill mengambil gambar dan skill si manja berposing kepada kami!!..

Dan tema contest kali ni sangat mudah! Dan saya YAKIN ramai yang teruja nak join…

TEMA PERTANDINGAN : “GAYA SI COMEL BERSAMA GADJET”

Gaya si manja saya bersama gadjet mama dia...:-)

 

MACAM MANA NAK JOIN?? Cara-caranya mudah je…

  1. Buat satu entry pada blog anda bertajuk CONTEST “GAYA SI MANJA BERSAMA GADJET”. Entry ini mestilah mempunyai gambar di atas (gambar si manja saya yang tengah tengok ipad sambil silang kaki tu) dan link gambar tersebut kepada http://mamachrysalis.com/ . Kemudian, letakkan gambar si manja anda bersama gadjet kesayangan mereka beserta NAMA SI MANJA, NAMA AYAH & IBU dan TARIKH LAHIR SI MANJA (had umur dari baby dalam hari sehingga umur 4 tahun)
  2. Menjadi follower blog saya ini dan letakkan banner a.k.a gambar silang kaki tadi tu di bahagian sidebar blog anda.
  3. Dan tinggalkan komen yang mengandungi link bagi pernyertaan anda pada post/entri melekat ini.

 

MUDAH JEK KAN?? So…apa tunggu lagi….Cepat GRAB peluang ni sebabnya…HADIAH yang ditawarkan sangat LUMAYAN!! TERUTAMA bagi penggemar BRAND TUPPERWARE!! Dan yang paling BEST…semua hadiah ini disponsor KHAS untuk anda!!

Hadiah bernilai hampir RM300 untuk anda menangi!!

 

SERAMAI 5 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH BAGI PERTANDINGAN INI…Dan juri bagi contest ini adalah saya dan suami saya…So, pandai-pandailah korang suruh anak korang posing comel-comel yer untuk menambat hati kami…wink**..wink**..

DAN SEMUA HADIAH YANG DISPONSOR BERNILAI HAMPIR RM300!! Hoyeeh!!!! Siapa nak bagi free-free kan??

TARIKH TUTUP CONTEST INI PADA 5 JANUARI 2013

**Bagi korang yang ada anak, anak sedara ke, anak jiran ke…anak yang korang jaga ke…semua boleh join..janji syarat utama ditepati…Jom kita ber contest!!!**

 

CONTEST “GAYA SI MANJA BERSAMA GADJET”

2 thoughts on “CONTEST “GAYA SI MANJA BERSAMA GADJET”

    • 19 December 2012 at 2:56 pm
      Permalink

      boleh ajer…janji dengan gadjet sambil diorang berposing…:-)

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge