Semua wanita pasti pernah mengalami keputihan. Keadaan semulajadi ini berfungsi untuk membersihkan dan melindungi vagina dari jangkitan. Ibu hamil dan ibu yang baru melahirkan anak juga sering mengalami masalah keputihan. Sebelum saya kongsikan jenis-jenis keputihan yang ada, adakah anda benar-benar faham apa itu sebenarnya ‘keputihan’?

jenis-jenis keputihan

APA ITU KEPUTIHAN

Keputihan ialah cairan atau lendir yang keluar daripada faraj wanita. Lendir tersebut dihasilkan oleh serviks atau pangkal rahim dan kelenjar dalam vagina dan akan keluar dengan membawa sel-sel mati serta bakteria.

jenis-jenis keputihan

Jumlah, warna, serta kepekatan lendir adalah berbeza-beza bergantung kepada kitaran haid yang dialami. Lendir yang normal umumnya berwarna jernih hingga keputih-putihan, tidak berbau, dan tidak disertai dengan gatal-gatal atau rasa pedih pada bahagian vagina. Jika anda mengalami keputihan dengan ciri-ciri yang berbeza, sebaiknya ambil tahu dan lihat ciri-cirinya.

Tahukah anda, apa sebab berlakunya keputihan ini? Rujuk sini 4 Punca Utama Masalah Keputihan Berlaku.

JENIS-JENIS KEPUTIHAN & PUNCANYA

Terdapat 2 jenis keputihan yang sering berlaku kepada wanita.

KEPUTIHAN NORMAL
Keputihan yang normal, lendirnya berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress. Keputihan yang normal ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya adalah tindak balas semulajadi badan wanita terhadap situasi yang berlaku dalam badan. Antara golongan wanita yang biasanya mengalami keputihan normal ini adalah :

  • Ibu yang baru lepas bersalin
  • Wanita yang baru pertama kali datang haid
  • Menjelang waktu haid
  • Di waktu subur
  • Alergik pada pakaian dalam atau kondom
  • Ransangan aktiviti seksual

 

KEPUTIHAN TIDAK NORMAL
Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan sama ada disebabkan oleh kuman, bakteria ataupun kulat. Keadaan ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan ianya bertambah serius dan boleh menyebabkan jangkitan kepada pasangan. Berikut adalah beberapa jenis keputihan tidak normal.

  • Berwarna putih, berair & berbau
    Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.
  • Keputihan dengan lendir berwarna coklat atau bercampur darah
    Keputihan ini umumnya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur. Dalam kes ini, ianya berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman. Tetapi tetap perlu diambil berat kerana ia mungkin salah satu tanda awal kanser servik atau kanser rahim
  • Keputihan disertai rasa sakit atau pendarahan
    Keputihan yang disertai dengan rasa sakit pada tulang pinggul atau ketika buang air kecil serta mengalami pendarahan di luar waktu haid, atau setelah berhubungan seks. Ciri-ciri ini menunjukkan seperti jangkitan akibat penyakit berjangkit seksual seperti gonore atau chlamydia (klamidia). Jika dibiarkan, kedua-dua penyakit berjangkit seksual ini akan memberi jangkitan serius kepada organ reproduksi wanita yang lain. Oleh itu, dapatkan rawatan dan nasihat doktor segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut.
  • Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, berbau busuk serta gatal
    Jenis keputihan seperti ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis. Lendir akibat jangkitan ini biasanya berjumlah banyak, berbau busuk, dan disertai rasa pedih ketika buang air kecil. Pembengkakan dan gatal-gatal di sekitar vagina juga mungkin dialami.
  • Keputihan disertai luka melepuh di sekitar alat sulit
    Penyebab jenis keputihan tidak normal ini biasanya adalah disebabkan jangkitan virus alat kelamin. Penyakit ini akan menyebabkan lepuhan atau luka yang terasa sakit di sekitar organ intim. Kaedah merawatnya adalah dengan menggunakan antivirus. Penyakit ini berpotensi untuk berulang di masa yang akan datang.
  • Keputihan berwarna merah muda, cair dan tidak berbau
    Situasi ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.
  • Kuning dan kental
    Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.

NOTA!

Sekiranya anda tidak mengalami masalah keputihan, ambillah langkah berjaga-jaga dengan amalkan tips untuk elak masalah keputihan ini supaya anda sentiasa bebas daripada dijangkiti masalah keputihan. Jangan ambil remeh tentang isu ini.

Klik —–> 10 Tips Mencegah Keputihan yang sering diambil Mudah oleh Wanita

Sekiranya anda mengalami salah satu ciri-ciri keputihan tidak normal di atas, pertama sekali, jangan panik. Dapatkan rawatan doktor sekiranya ianya telah berlanjutan terlalu lama.

Namun, sekiranya anda rasa ianya belum cukup serius dan ingin berikhtiar dengan kaedah lain selain ubat-ubatan, boleh gunakan Set Keputihan Shaklee secara konsiten dan dengan cara pengambilan yang betul. Set Keputihan Shaklee ini terdiri daripada tiga item iaitu, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan GLA Complex. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke link mengenai Set Keputihan Shaklee ni.

 

BERMINAT NAK MENGHILANGKAN MASALAH KEPUTIHAN ANDA?

Hubungi saya sekarang! :)

pengedar shaklee tangkak muar

Sumber Rujukan :

  1. PaMa – Penyakit Akibat Keputihan
  2. Baby Center – Keputihan
  3. Foods to Eat on a Candida Cleanse Diet
  4. Conquering Candidiasis Naturally
  5. Alo Dokter – Pengertian Keputihan
  6. Jenis-jenis Keputihan
  7. Perbezaan Keputihan Normal & Tidak Normal
Jenis-jenis Keputihan pada Wanita. Normal atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge