Secara tak sengaja, tiba-tiba anda dapat mengesan seakan ada ketulan di payudara, dah tentu membuatkan hati tak keruan dan pasti anda rasa sangat takut. Nak pergi hospital jumpa doktor pun takut kan?

Jadi, pertama sekali, apa yang perlu anda buat, ialah bertenang. Tanpa perasaan yang tenang, anda sukar nak berfikir secara rasional dan dalam masa yang sama, anda akan terus murung seolah-olah dah tak ada cara nak selesaikan masalah tu.

cara kecutkan ketulan di payudara tanpa pembedahan

Adik saya salah seorang insan terdekat yang pernah alami ketumbuhan ketulan di sebelah payudara. Syukur ketulan itu telah kecut dalam masa lebih kurang sebulan. Dan apa yang adik saya amalkan, keseluruhannya hanya dengan cara menukar diet pemakanan harian dia. Sayalah yang bantu dia pilih makanan mana yang sesuai dan makanan mana yang tak sesuai.

Saya kongsikan kisah benar adik saya di sini —> Ketulan Di Payudara Kecut Tanpa Pembedahan

Macam mana saya tukar cara pemakanan harian adik?

1- Pertama sekali, saya minta adik saya untuk stop serta merta pengambilan gula putih. Termasuklah segala jenis makanan dan minuman yang manis.

Pada mulanya, agak susah juga. Sebab dah terbiasa minum air manis setiap pagi, terutamanya waktu sarapan. Tapi disebabkan nak sihat punya pasal, saya paksa dia minum air masak je. Sediakan air masak dalam botol siap-siap dan bawak ke mana-mana sahaja.

2- Kedua, saya stop kan pengambilan daging ayam dan daging merah untuk adik. Hanya makan ikan sahaja. Memang beli ikan je. Sampai orang lain kat rumah pun dah jemu makan ikan. Hehe. Tapi, kalau teringin sangat nak makan ayam dan daging, kami cari sumber yang organik yang tidak disuntik hormon dan bahan kima.

3- Ketiga, saya nasihatkan adik untuk berpantang makanan bergoreng (deep fry), makanan berlemak dan makanan berproses seperti nugget, sosej, bebola ayam, dan sebagainya. Saya ‘haramkan’ adik saya untuk makan makanan-makanan ni. Ini kerana makanan-makanan ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel abnormal.

4- Keempat, kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi estrogen seperti produk tenusu dan soya. Lebih elok elakkan jika tak perlu.

5- Minum dan makan jus atapun smoothies sayur-sayuran setiap hari. Gunakan sayur-sayuran organik lebih baik. Walaupun rasanya tak berapa sedap, tapi ia sangat membantu dalam proses pengecutan ketulan di payudara. Antara sayur-sayuran yang boleh ditambah dalam jus seperti kale, bayam, timun, batang saderi & daun parsley. Sayuran dan buah-buahan dapat membantu mengalkalikan badan kita.

cara kecutkan ketulan di payudara tanpa pembedahan
6- Keenam, ini tips tambahan. Yang ni adik saya tak buat. Sebab dia belum berkahwin. Berhenti semua pil perancang kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. Boleh belajar untuk merancang menggunakan kaedah tradisional dan berbincanglah dengan pasangan anda.

7- Ketujuh, elakkan pengambilan kaffein dalam diet seharian. Mujurlah adik saya bukan peminat tegar kaffein. Lebih mudah untuk dia ‘berpantang’.

8- Kelapan, tips yang terakhir. Saya bekalkan adik saya dengan beberapa jenis suplemen. Suplemen yang tinggi antioksidan seperti vitamin E, vitamin C dan juga suplemen yang membantu menstabilkan hormon. Saya ada kongsikan suplemen yang adik saya ambil di entry ini —> Hilangan Ketulan di Payudara dengan Suplemen Antioksidan.

Sekiranya anda baru tersedar kehadiran ketulan di payudara anda, jangan terlalu panik. Bukan semua ketumbuhan yang hadir di payudara adalah ketumbuhan kanser. Namun, segerakan untuk buat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan. Beritahu insan terdekat untuk mereka sama-sama bantu anda.

Elakkan daripada rahsiakan perkara ni. Selepas pemeriksaan doktor di buat, ubahlah cara pemakanan anda dan aktifkan diri dengan aktiviti senaman ringan setiap hari. Anda boleh cuba ikut tips yang saya buat untuk adik saya tu. Konsisten sekurang-kurangnya dalam masa 3 minggu, dan perhatikan ada perubahan ataupun tak terhadap saiz ketulan tu. Berikhtiar dengan doktor, dan berikhtiarlah juga dengan cara alami.

Semoga anda diberikan kesihatan yang lebih baik. Mudah-mudahan.

Kecutkan Ketulan di Payudara dengan Tukar Cara Pemakanan Harian

3 thoughts on “Kecutkan Ketulan di Payudara dengan Tukar Cara Pemakanan Harian

  • 5 February 2017 at 6:32 pm
    Permalink

    Dulu saya pun ada ketulan di ketiak. Lepas tu hilang macam tu je. Syukur alhamdulillah.
    Bila dah kahwin, saya nekad nak susukan anak untuk kurangkan risiko terkena kanser payudara.

    Reply
    • 7 March 2017 at 11:37 am
      Permalink

      Wassalam Ameera. Maaf saya lambat reply. Saya berikan dia vitamin E dan Vitamin C Shaklee dalam kuantiti megadose dalam jangka masa tertentu. Ameera boleh whatsapp saya di link ni http://www.wasap.my/60196698505

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge