Ni kisah adik saya. Adik saya muda lagi, baru berumur 21 tahun. Masih bujang dan masih belajar. Tapi dia ada pengalaman mempunyai ketulan di payudara.

Tahun lepas, 2016, adik bongsu saya mengadu pada mak. Adik kata payudara sebelah kiri dia sakit dan keras. Adik baru perasan ada ketulan pada payudara dia tu masa dia mandi.

Keesokan paginya, mak minta saya temankan adik ke Klinik Zaiton, yang biasa kami sekeluarga pergi bila kami tak sihat. Tapi sebelum pergi, adik minta saya rasa ketulan tu. Bila saya sentuh, dia cakap sakit. Dan saya rasa memang keras dan besar. Ketulan tu statik tak bergerak.

Adik saya takut, saya pun takut. Macam-macam yang bermain di fikiran saya. Takut penyakit yang menggerunkan tu. Anda pun mesti tahukan penyakit apa. Nak sebut pun takut. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit tu. Nauzubillah.

cara hilangkan ketulan di payudara

Doktor sahkan ketulan bersaiz 3.5cm dan dah lama ada.

Bila tiba giliran di klinik, pembatu klinik sebut nama adik. Adik masuk ke bilik doktor dan saya ikut sekali. Doktor tanya, ‘sakit apa?’. Adik bagitahu yang di payudaranya ada ketulan.

Doktor Zaiton minta adik baring di katil untuk buat pemeriksaan. Kain tirai ditarik dan ditutup. Saya terdengar doktor tanya adik, “Awak baru perasan ke ketulan ni? Saiz dia agak besar. Lebih kurang 3.5cm. Macam dah lama ketulan ni.”

Saya terdiam. Adik pun diam. Tak tahu nak jawab apa. Bila adik kembali ke kerusi sebelah doktor, adik pandang saya. Muka dia nampak gelisah dan takut. Muka dia nampak pucat. Saya tahu, mesti dia fikir yang bukan-bukan tentang ketulan di payudara dia tu.

Doktor nasihatkan adik untuk pantau perkembangan ketulan tu sama ada makinbesar atau tak. Doktor bekalkan adik ubat untuk kecutkan ketulan tu. Doktor kata, “Kalau dalam masa 3 hari, saiz ketulan ni tak berkurang, awak datang semula jumpa saya dan saya akan beri surat untuk awak refer terus pada doktor di Klinik Payudara untuk pemeriksaan lanjut.”

Saya tahu adik saya takut. Yelah, dia budak lagi. Sifat kebudak-budakan pun masih ada lagi pada dia. Saya tak nak dia terlalu risau dan fikir yang bukan-bukan.

Doktor Zaiton yang periksa adik ada membuat andaian, yang ketulan tu bukan ketulan kanser. Tapi, itu cuma andaian. Mungkin ketulan tu adalah fibroadenoma. Anda boleh baca lebih lanjut tentang fibroadenoma di entry Kenali Jenis Ketulan di Payudara Anda.

Selepas 3 hari, ketulan di payudara adik kecut dan semakin kecil.

Selepas pulang daripada klinik, saya dan mak berbincang dengan adik. Kami perlu buat sesuatu untuk bantu adik. Saya cuba study dan buat bacaan tentang ketumbuhan di payudara serta tentang fibroadenoma. Saya mencari kaedah bagaimana nak bantu kecutkan ketulan tu dengan kaedah semulajadi. Tanpa pembedahan.

Selepas dapat sebanyak mungkin info, saya mula nasihatkan adik, untuk menukar cara pemakanan. Selain ikut nasihat doktor dan habiskan semua ubat yang doktor bagi, ikhtiar dari sumber lain juga kami buat. Kami nak adik sihat, tak nak adik sakit. Seawal hari pertama, kami terus ubah cara pemakanan harian adik. Ada beberapa makanan yang adik kena pantang. Dan ada makanan-makanan yang digalakkan ambil.

ketulan di payudara

Selepas 3 hari, syukur. Sebab adik sendiri rasa perbezaan. Kalau sebelum ni bila ditekan ketulan tu rasa sakit, selepas 3 hari, dah kurang sakitnya. Dan bila dirasa, ketulan semakin kecut dan tidak lagi keras seperti waktu pertama saya sentuh. Alhamdulillah. Cara ekstrim yang kami buat tu sedikit sebanyak membantu adik untuk tersenyum kembali.

Disebabkan ketulan semakin mengecut, kami mengambil keputusan tidak ke klinik semula dan teruskan apa yang kami dah buat, selama hampir kurang sebulan. Ketulan tu semakin kecil hari ke hari dan akhirnya hilang. Syukurlah sebab ianya bukan ketulan kanser yang ditakuti tu.

Sekiranya anda juga mempunyai ketulan di payudara, pertama sekali, jangan takut. Dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Kemudian, kita ikhtiarkan dengan kaedah semulajadi. Saya kongsikan dengan anda, apa yang kami buat untuk bantu adik di entry ni Cara Kecutkan Ketulan di Payudara dengan Tukar Cara Pemakanan Harian. Semoga ianya memberi manfaat. Dan saya doakan anda diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada penyakit yang banyak meragut nyawa kaum wanita di Malaysia.

Ketulan di Payudara Kecut Tanpa Pembedahan. Kisah Benar Adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge