Alhamdulillah…. Pada hari Jumaat yang lepas, 12 September , saya, suami dan anak-anak dipermudahkan untuk menghadiri satu seminar Shaklee EEffect 3R di KSL Hotel, Johor Bharu bersama Master Norita dan Master Naquib. Mereka berdua merupakan super duper upline kami yang lebih mesra kami panggil Kak N dan Bang Naquib. Kami berdua dah kira pangkat piut mereka berdua. Walaupun jauh jarak kami, tapi ilmu dan amanat yang disampaikan sangat-sangat memberikan kesan kepada kami dalam mengembangkan lagi bisnes Shaklee. InsyaAllah segala input yang kami perolehi, akan kami gunakan untuk membantu lebih ramai lagi anak-anak Butterfly supaya lebih berjaya mencapai impian masing-masing.

Saya suka sangat pergi majlis ilmu macam ni sebabnya selain dapat ilmu baru, saya dapat belajar cara untuk handle kelas, belajar cara untuk bercakap depan audience, belajar cara untuk berinteraksi dengan ramai kawan-kawan baru. Sangat seronok rasanya. Dan yang paling best, kelas sebegini, biasanya kami boleh bawak anak-anak. Tak perlu tinggalkan anak-anak dan suami kat rumah. Mereka pun boleh belajar dan berkawan sama-sama.

 

Jom kita layan gambar sepanjang majlis ilmu 3R berlangsung.

Shaklee Effect 3R Tour Southern Region
Shaklee Effect 3R Tour Southern Region

 

Sesi sharing daripada Master Naquib
Sesi sharing daripada Master Naquib
Amanat daripada Master Norita tentang U.S.B
Amanat daripada Master Norita tantang U.S.B
Peserta-peserta Shaklee Effect 3R Tour Southern Region
Peserta-peserta Shaklee Effect 3R Tour Southern Region
Para suami yang sporting join kelas ni.
Para suami yang sporting join kelas ni.
Sesi meluahkan perasaan kepada Kak N, yang saya dah anggap macam kakak saya sendiri. Ahmad Danial sampai ngantuk dengar mama sembang. hehe
Sesi meluahkan perasaan kepada Kak N, yang saya dah anggap macam kakak saya sendiri.
Menitis juga air mata ni akhirnya. Terima kasih Kak N kerana peluk saya...:-)
Menitis juga air mata ni akhirnya. Terima kasih Kak N kerana peluk saya…:-)
Pengakhiran seminar yang penuh dengan cas-cas positif!
Pengakhiran seminar yang penuh dengan cas-cas positif!

 

Program hujung minggu yang sangat bermakna buat saya. Program yang memberikan saya semanat baru untuk meneruskan kegemilangan Team Butterfly yang dah 2 tahun saya kemudikan. InsyaAllah saya takkan pernah menyerah dan akan penuhkan perjalanan bisnes Shaklee saya dengan penuh rasa cinta dan sayang yang mendalam.

 

Terima kasih kak N untuk kasih sayang yang akak berikan… Thank you for being my sister..:-)

Program Hujung Minggu : Shaklee Effect 3R bersama Master Norita dan Master Naquib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge