Ayam Teppanyaki adalah salah satu makanan makanan kegemaran saya dengan encik suami. Boleh dikatakan, kalau kami selalu juga memilih menu teppanyaki bila kami makan di luar. Rasanya yang sangat simple sangat-sangat membuka selera kami berdua bila digabungkan dengan nasi putih panas.. Ya Allah… Nikmatnya rasa…

Bagi peminat makanan teppanyaki, dan nak cuba masak sendiri, meh saya nak share resepi ayam teppanyaki yang sangat simple dan mudah untuk korang cuba. Lepas ni, tak payah makan kat kedai dah. Masak sendiri lebih jimat dan kita yakin dengan kebersihan makanan kita.

Oh ye… Sebelum tu, nak tanya, korang tahu ke apa maksud perkataan “teppanyaki” tu? Menurut wikipedia, Teppanyaki bermaksud,  (panggangan kuali besi) adalah salah satu cara memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Tapi, kalau kat rumah korang takde kuali besi rata macam kat kedai tu pun takpe. Nak masak guna kuali melengkung pun boleh. Takde masalah… Janji rasa teppanyaki tu sampai. Ye tak?

Kadang-kadang ada masa kita rasa malas nak masak banyak-banyak lauk. So, teppanyaki is the best menu. Sebabnya lengkap semua ada dalam tu. Satu menu, tapi lengkap dan sihat! So, jom kita tengok, macam mana cara nak masak teppanyaki ni.

Resepi asal saya ambil dari : Blog Azian

11301506_10152927576196375_574108704_n

Ini adalah rupa menu teppanyaki yang saya buat semalam. Kali ni saya gunakan ayam sebagai bahan utama. Kalau korang nak tukar guna daging ataupun ikan salmon pun boleh. Takde masalah. Ikut selera masing-masing ye. Yang penting sekali, kita akan gandingkan dengan sayur-sayuran seperti, carrot, taugeh dan juga daun kuchai. Boleh juga tambahkan dengan kobis kalau nak. Dan lagi satu, yang paling utama dalam menu ni ialah bawang putih goreng. Ini memang favourite saya. Kalau kat kedai memang akan mintak lebih..hehe..

Resepi Ayam Teppanyaki

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Beberapa ketul ayam (isi tanpa tulang)
  2. Carrot (dipotong panjang dan halus seperti batang mancis)
  3. Taugeh
  4. Daun kuchai
  5. lada hitam
  6. bawang putih (ikut kesesuaian anda)
  7. kicap cair
  8. sedikit garam
  9. minyak & butter untuk menggoreng

Cara-cara memasak :

  1. Potongkan isi ayam kecil-kecil, basuh sehingga bersih, kemudian toskan airnya dan gaulkan dengan sedikit lada hitam. Perap dalam 5 minit.
  2. Ambil 2 ulas bawang putih, hiris nipis.
  3. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali leper, bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih tadi. Balik-balikkan bawang putih supaya masak dan naik bau wangi.
  4. Masukkan isi ayam yang telah diperap, dan masak sehingga kekuning-kuningan. Sambil-sambil tunggu ayam tu masak, percik-percikkan kicap cair dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.
  5. Bila ayam sudah masak dan warna kekuning-kuningan, ketepikan kemudian, masukkan pula carrot, diikuti taugeh dan kuchai. Gaulkan sehingga rata sambil percik-percikkan kicap cair ke dalam kuali. Untuk sayur tak perlu masak terlalu lama. Sekejap sahaja dah memadai. Bila kita makan ada rasa rangup-rangup carrot dan taugeh tu lagi sedap.
  6. Untuk bawang putih goreng pula, hiriskan seberapa banyak bawang putih yang diinginkan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.
  7. Panaskan kuali dan tuangkan minyak dan masukkan sedikit butter ke dalamnya. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih tadi, dan goreng sehingga warna keemasan. Gunakan api sederhana. Bila warna mula keemasan, cepat-cepat angkat dan toskan minyak di atas kertas tisu.
  8. Hidangkan semuanya dalam satu pinggan/bekas. Dan sedia dinikmati bersama nasi panas. Nyums..nyums…

11304119_10152927576241375_1459634496_n

Oh ye… Untuk kicap cair, saya  gunakan jenama Tamin, seperti di dalam gambar..

11272289_10152927628986375_1741065937_n

Selamat mencuba. Dah cuba nanti bagi komen ye.. Dan jangan lupa tekan button share untuk rujukan rakan-rakan kalian yang lain.. TQ..:-)

Resepi Ayam Teppanyaki Sedap Menjilat Jari

One thought on “Resepi Ayam Teppanyaki Sedap Menjilat Jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge