Kadang-kadang kita rasa buntu, menu apa nak masak untuk suami dan anak-anak. Hari ni saya nak share satu resepi yang agak simple, namun rasanya sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya yang manis-manis masam sangat-sangat membuka selera bila digandingkan sekali dengan nasi putih panas. Menu “Honey Lemon Ginger Chicken” juga mudah disediakan dan tak perlu menggunakan masa yang lama untuk menyiapkannya.

Saya sertakan bahan-bahan serta cara-cara penyediannya di bawah.

Bahan-bahannya :- (Untuk 3-4 orang makan)

  • 3 ketul dada ayam tanpa tulang (dipotong dadu tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil)
  • sedikit garam & lada sulah
  • satu sudu teh olive oil
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu teh halia yang disagat/diracik halus
  • 1/2 cawan madu
  • 3 sudu besar jus lemon
  • sedikit parutan kulit lemon
  • 1 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • sedikit brokoli yang dipotong
  • beberapa biji tomato ceri dipotong dua

Cara penyediannya :

  1. Basuh ayam yang telah dipotong dadu sehingga bersih, kemudian toskan.
  2. Gaulkan isi ayam dengan sedikit garam dan lada sulah, kemudian biarkan sebentar.
  3. Dalam kuali, panaskan olive oil, kemudian tumiskan bawang putih yang telah dicincang dan halia yang diracik halus sehingga naik bau yang harum.
  4. Kemudian, masukkan madu, jus lemon, parutan kulit lemon, cuka epal, kicap pekat dan tepung jagung(larutkan sedikit dengan air) ke dalam kuali, dan perlahankan api.
  5. Renehkan sebentar, kemudian masukkan ayam yang telah diperap dengan garam dan lada sulah tadi ke dalah kuali.
  6. Dengan api yang perlahan, biarkan sehingga ayam masak.
  7. Apabila ayam sudah masak, perasakan dengan sedikit garam mengikut selera anda, dan kemudian, masukkan brokoli dan tomato ceri.
  8. Kacau sehingga rata, kemudian tutupkan api.
  9. Sedia untuk dihidang.

 

Senangkan nak masak menu ni? Sesuai sangat-sangat bagi anda yang dah buntu nak masak menua apa untu keluarga. Selamat mencuba!!

Dan kalau resepi ni nampak sedap, jangan lupa share kan di facebook anda. Mana tahu ada rakan-rakan anda memerlukan resepi nya.. Thank you darling..:-)

Resepi Honey Lemon Ginger Chicken
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge