Anak-anak saya memang suka sangat makan nugget. Cuma saya yang tak berapa suka bila terpaksa beli nugget yang ada di pasaran. Saya akan cuba seboleh mungkin untuk tak beli nugget yang biasa dijual di pasaraya.

Bukan saya cerewet. Tapi entahlah. Mungkin perangai saya kot. Kalau boleh nak semua makanan yang anak-anak nak makan, saya nak buat sendiri. Saya lebih yakin dan tahu bahan apa yang saya guna, tak guna bahan perasa dan kebersihannya saya jaga.

Bila Abang Wafiy & Danial asyik ulang nak makan nugget, saya pun minta suami saya belikan isi ayam di pasar. Harga pasaran RM10.50 sekilo. Saya beli isi je. Lebih mudah nak siapkan nak buat nugget nanti.

Ni gambar nugget yang saya dan anak-ansk buat semalam. Diorang pun nak tolong jugak mama buat nugget. Boleh jadikan aktiviti dengan anak-anak dekat rumah.

resepi nugget ayam homemade

 

Antara bahan-bahan yang saya guna ialah :-

● 1 kg isi ayam

● sedikit cheese beqa (saya sagat halus). Saya guna cheese yang seketul tu. Bukan slice.

● 1 batang carrot (saya sagat halus)

● sedikit garam & lada sulah

● Cornflakes (ditumbuk sedikit halus)

 

Cara membuatnya mudah je.

1- Potongkan isi ayam kecil-kecil dan kemudian kisar sikit-sikit guna blender. Letakkan sedikit air untuk lancarkan pusingan pisau blender. (Kalau korang ada food processor lebih mudah)

2- Lepas dah siap, masukkan carrot yang telah disagat halus (kalau tak nak letak pun takpe). Gaul rata.

3- Masukkan cheese yang telah disagat ke dalam adunan dan kacau rata.

4- Perasakan dengan secubit garam dan lada sulah. Kacau rata. Garam tak oerlu banyak sebab cheese dah masin.

5- Perapkan sekejap dalam peti sejuk dalam setengah jam supaya lebih mudah dibentuk nanti.

6- Sementara tu, ambil cornflakes, masukkan dalam plastik, kemudian tumbuk-tumbukkan sehingga hancur. Jangan sampai jadi serbuk. Cukup sampai jadi keping-keping halus.

7- Keluarkan adunan isi ayam dari peti sejuk, kemudian bentukkan bulat-bulan leper dan golek-golekkan di atas cornflakes sehingga rata.

8- Selepas siap semuanya, bolehlah digoreng dengan api sederhana sehingga isi ayam masak.

9- Kalau ada lebih, boleh simpan untuk frozenkan. Simpan yang belum digoreng ye.

10- Selamat mencuba

 

InsyaAllah nugget ni lebih sihat & berkhasiat untuk anak-anak kita.😊

Resepi Nugget Ayam Homemade yang Sihat untuk Anak-anak

One thought on “Resepi Nugget Ayam Homemade yang Sihat untuk Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge