“Luka pembedahan saya belum baik-baik lagi. Dah 2 bulan macam ni. Dah cuci banyak kali pun tetap sama. Macam mana nak sembuh cepat macam ni?”

Kenapa Luka Lambat Sembuh?

Banyak faktor yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh. Bukan disebabkan cara membersihkan luka sahaja. Antara sebab yang lain, ‘bagaimana tubuh pesakit bertindakbalas dalam proses penyembuhan?’ Tindak balas ini bergantung sepenuhnya kepada diri pesakit itu sendiri.

Antara golongan pesakit yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan adalah :-

  • Warga Emas (orang yang berumur lebih 60 tahun)
  • Pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kekurangan nutrisi seimbang
  • Pesakit yang kurang Vitamin C
  • Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi & kimoterapi
  • Pesakit autoimmune seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  • Penghisap Rokok

Luka pembedahan yang lambat sembuh, berkemungkinan akan dijangkiti kuman dan membuatkan keadaan luka tersebut menjadi lebih teruk dan bernanah di bahagian dalam.

Ada ke Suplemen yang boleh Bantu Luka Saya Cepat Sembuh?

Ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mencari suplemen yang sesuai untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Vitamin dan mineral ini akan mempercepatkan masa dan proses penyembuhan kulit dan tisu (sumber daripada Dr. Zubaidi) :-

  1. Beta Carotene (250 000 IU sehari) atau Vitamin A (25 000 IU sehari). Dos ini dikira sebagai dos yang tinggi. Maka, tidak harus diambil melebihi 2 minggu. Kurangkan dos kepada 50 000 IU beta carotene dan 15 000-25 000 IU Vitamin A setiap hari selepas 2 minggu.
  2. Vitamin C (1000mg 2 kali sehari)
  3. Vitamin E (400 – 800 IU sehari)
  4. Zinc (10 – 30 mg sehari)
  5. Vitamin B Complex (1000 mcg sehari)
  6. Glucosamine (1500 sehari). Jika pembedahan itu melibatkan sendi
  7. L-arginine (17-25 gram sehari)

Selain itu juga, ada beberapa tips yang disyorkan supaya proses dan masa penyembuhan luka berlaku lebih cepat. Antaranya :-

  1. Amalkan satu sudu besar madu setiap hari (bagi yang tiasa diabetes)
  2. Tambahkan jumlah pengambilan protein setiap hari. Setiap pemakanan harus mempunyai 2-3 gram protein bagi setiap kilogram badan. Sebagai contoh, jika berat badan 60kg, maknanya dalam pengambilan protein yang harus diambil adalah antara 120-180 gram sehari. Cara terbaik mengambil protein adalah dengan mengambil ‘daging putih’ seperti telur, ikan atau ayam. Selain itu protein yang terdapat pada sayur-sayuran seperti soya dan kacang. Pengambilan ‘daging merah’ adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan sembelit.
  3. Sekiranya pesakit tiada selera untuk makan, seeloknya semua suplemen ini diberikan dalam bentuk cecair (minuman). Ini bagi memudahkan untuk ditelan dan lebih cepat untuk dihabiskan.
  4. Selagi luka belum kering dan bersih, seeloknya pembersihan luka pembedahan dilakukan oleh yang terlatih seperti jururawat ataupun doktor. Ini bagi mengelakkan luka dijangkiti kuman dan menjadi lebih teruk.

Apa akan terjadi jika luka pembedahan dijangkiti kuman?

Luka pembedahan yang kecil lebih mudah dan cepat sembuh. Namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery), mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi, risiko untuk dijangkiti kuman lebih tinggi. Antara tanda-tanda luka sudah dijangkiti kuman ialah :-

  • Luka membengkak
  • Rasa sakit
  • Warna luka berubah menjadi lebih gelap
  • Bernanah

Bila luka pembedahan dah mula dijangkiti kuman, masalah yang lebih besar akan berlaku. Dan terpaksa menanggung sakit akibat jangkitan. Betrindaklah supaya luka pembedahan anda lebih cepat sembuh dan elakkan daripada dijangkiti kuman.

Untuk mengelakkan luka pembedahan lambat sembuh & dijangkiti kuman, pastikan tips yang saya kongsikan di atas tadi dibuat tanpa kompromi. Dan pastikan pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang. supaya tubuh badan anda lebih mudah bertindakbalas untuk proses penyembuhan.

Suplemen Shaklee Membantu Luka Cepat Sembuh

Kisah 1

Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.

Semasa mengandungkan Baby A’isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik).

Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).

Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini.

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali).

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A’isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi.

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A’isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik).

Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini. SAKIT PADA BAHAGIAN CSER SANGAT MINIMAL, LUKA SANGAT CEPAT SEMBUH & SAYA SANGAT BERTENAGA. – Dr. Nadia Abdul Kadir –

cara-sembuhkan-luka-pembedahan
Pengalaman Seorng Doktor Menggunakan Suplemen Shaklee Selepas Pembedahan

Kisah 2

Pakcik ni kakinya luka. Kemudian kaki dia terkena racun masa meracun kat sawah. Akibatnya lukanya makin merebak dan kena infection sampai bernanah.

Doktor terpaksa korek dan buang isi betis kakinya sedalam lebih kurang satu inci. (Rujuk gambar kedua.) Scary sangat tengok..

Pakcik ni pulun minum Vivix bermula pada 25 Mac 2016. Dia ambil 2 botol Vivix dalam masa lebih kurang dua minggu. Dia makan 2 sudu pagi dan 2 sudu sebelah malam.

Syukur alhamdulillah. Seperti yang kalian tengok dalam gambar. Isi kakinya elok je naik dan penuh semula.(korang rujuk gambar ketiga ye).

Dan kalau kalian nak tau, doktor tak ada bekalkan sebarang ubat, hanya dressing sahaja.

Alhamdulillah beliau sgt berpuas hati dengan Vivix. Dan benarkan gmbar kakinya dijadikan testimoni supaya lebih ramai insan lain yang ada situasi macam beliau dapat ikhtiar dengan Vivix.

Vivix dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka (tisu) dengan menghalang luka dijangkiti kuman dan membantu sel-sel lebih kuat serta menghalang terjadinya parut.

cara-sembuhkan-luka-pembedahan-dengan-cepat-tanpa-dijangkiti-kuman

 

Sekiranya anda baru lepas menjalani pembedahan dan mahu luka pembedahan cepat sembuh dan tidak dijangkiti kuman, ambil langkah pertama, siapkan badan anda dengan nutrisi yang cukup untuk membantu proses penyembuhan luka menjadi lebih cepat. Jangan bertangguh hingga menyebabkan luka dijangkiti kuman dan akhirnya melarat.

Sayangi diri anda, kerana ianya sungguh berharga.

Jika memerlukan konsultasi mengenai suplemen Shaklee untuk luka pembedahan anda, hubungi saya di talian 0196698505 (call/SMS/whatsapp).

 

Sembuhkan Luka Pembedahan dengan Cepat dan Elak Dijangkiti Kuman

2 thoughts on “Sembuhkan Luka Pembedahan dengan Cepat dan Elak Dijangkiti Kuman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge