Bila bercuti satu keluarga, anak-anaklah yang paling gembirakan? Merekalah yang paling teruja dan mereka jugalah yang paling banyak ‘buat hal’. hahaha. Biasalah tu. Lumrah bila ada anak-anak kecil.

Bila pergi bercuti dengan anak-anak, kebiasaannya saya lebih suka atur itenari yang banyak melibatkan aktiviti untuk mereka. Walaupun anak saya baru 2 orang, tapi kalau dua-dua orang tu mengamuk, habis spoil semua mood bercuti. Dengan mak ayah sekali muncung sedepa nanti.

Jadi, untuk elakkan semua tu berlaku sewaktu kami bercuti di Cameron Highlands, kami bawa anak-anak ke tempat yang sesuai untuk mereka bergumbira. Salah satu tempat yang saya rasakan sesuai untuk anak-anak adalah House Of Lavendar, Cameron Highlands.

tempat best di cameron highland

Kenapa agaknya House of Lavendar ni sesuai untuk bawa anak-anak?

Di House of Lavendar ni, banyak aktiviti yang anak-anak kita boleh buat. Sambil jalan-jalan, ada beberapa aktiviti lain yang boleh buat anak-anak belajar dan gembira. Salah satu daripadanya, bermain dan bagi arnab makan.

tempat best di cameron highland
Tengok tu excited budak-budak ni bagi makan kat arnab 

 

house of lavendar cameron highland
Mak budak pun excited bagi arnab makan.kehkeh

Makanan untuk diberikan pada arnab-arnab tu ada dijual di tepi pintu masuk nak ke sangkar arnab tu. Satu paket RM3. Anak-anak mula-mula seronok nak bagi makan, sekali arnab tu datang meluru ke arah dia, habis dicampak semua makanan kat tangan dia tu. Takut agaknya.

Selain tu juga, ada sangkar itik. Tapi boleh tengok dari luar jelah. Kalau anak-anak kita tak pernah tengok itik real, masa ni boleh lah tunjuk kat anak-anak. Biasa sebelum ni tengok gambar kat buku je kan? Itu pun dah dikira satu proses pembelajaran.

Sangkar itik ni terletak betul-betul bersebelahan dengan sangkar arnab tadi.

 

Dah puas tengok binatang, kita buat aktiviti lain pula. Betul-betul berhadapan dengan sangkar arnab, ada satu kawasan kolam kecil untuk main boat basikal ni. Harganya saya tak pasti. Sebab waktu ni anak-anak tak naik. Cubalah, bagi anak-anak kayuh basikal air ni. Kat rumah kayuh basikal atas jalan tar je.hehehe

tempat best di cameron highland

 

Lepas dah puas main boat air, bagi anak-anak merasa main mainan masa kita kecil-kecil dulu. Teng-teng. Masa Wafiy jumpa lukisan teng-teng ni, dia tanya “Yang ni nak main macam mana mama?”. Kesian pulak bila dengar soalan tu. Nampak sangat mama tak pernah bagi main ye.

tempat best di cameron highland
Wafiy tengah tunggu turn Arressa main teng-teng. Maryam, tengok je.

Dah penat main, last sekali bawa anak-anak tengok macam-macam jenis bunga. Cantik-cantik semuanya. Yang seuka bergambar, bolehlah posing kat celah-celah pokok-pokok bunga tu. Nah saya belanja beberapa keping gambar untuk anda semua.

house of lavendar cameron highland

 

house of lavendar cameron highland

 

tempat menarik di cameron highland

 

house of lavendar cameron highland
Ada jip putih…Cantik kalau ambil gambar.
house of lavendar cameron highland
Cantikkan kincir angin ni. 

 

Tempat menarik di cameron highland
Port anak-anak kecil ambil gamabr. Soooo cute! 

Macam mana nak ke House Of Lavendar Cameron Highland ni?

Jika anda berminat nak berkunjung ke sini, ni details alamat untuk ke sana. House of Lavendar ni terletak di,
11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

Kalau anda nak cari guna GPS, ini kod nya, Factory GPS Location Code: 4.579943, 101.379882

Lebih mudah kalau anda naik ke Cameron Highlands menggunakan laluan dari Simpang Pulai. Ia beroperasi dari 9.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari. Dan masuk adalah PERCUMA.

Selamat berkunjung ke sana..:-)

 

Tempat Best Bawa Anak-anak di Cameron Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge