Saya adalah salah seorang penghidap gastrik. Namun bukanlah penghidap gastrik kronik. Saya sedar tentang perkara ni lepas saya bersalinkan Ahmad Wafiy Hakim, anak sulung saya 4 tahun lepas. Masa tu saya sangkakan saya diserang angin akibat makan makanan-makanan berangin seperti nangka, jantung pisang, air teh dan lain-lain lagi. Namun, setelah beberapa kali diserang sakit perut yang sangat tak tertanggung rasanya, saya pergi mendapatkan pandangan doktor di klinik pakar. Pada mulanya doktor suspek ada batu dalam hempedu, namun setelah discan, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan ada batu di hempedu saya. Antara simptom-simptom yang selalu saya alami adalah rasa sakit di bahagian ulu hati, rasa loya, membuang angin (kentut, sendawa) dan juga rasa sakit di bahagian perut yang tak dapat nak digambarkan sakitnya.. Dan akhirnya doktor mengesahkan saya menghidap gastrik.

 

Simptom-simptom gastrik
Simptom-simptom gastrik

 

Jika anda pernah atau sering mengalami siptom-simptom seperti di atas, berkemungkinan anda juga adalah penghidap gastrik. Namun, anda tidak perlu terlalu panik dan risau kerana gastrik adalah antara penyakit yang boleh dikawal dan boleh diubati. Entry kali ni, saya nak share dengan anda semua beberapa tips tanpa ubat yang saya amalkan dan ianya berkesan untuk mengawal serangan gastrik daripada terlalu kerap berlaku.

1- Kurangkan makan makanan pedas dan berempah.

Ini adalah tips paling utama yang saya amalkan. Memang agak seksa jugaklah, sebabnya sebelum ni saya memang jenis yang suka makan makanan pedas-pedas. Kadang-kadang berlawan-lawan dengan suami saya pun memang kaki pedas. Tapi, lepas dah rasa betapa sakitnya bila gastrik menyerang, saya kena ambil langkah berjaga-jaga. Sebabnya yang sakit nanti saya jugakkan… Jadi, saya mula kurangkan pengambilan makanan pedas dan berempah. Kalau makan nasi lemak tu, sambal cukup satu sudu kecil sahaja. Dan makanan-makanan lain yang berempah seperti rendang, kuah kari, kuah kurma, saya akan ambil dalam kuantiti yang sedikit. Dan tiada lagi adegan menghirup kuah asam pedas mak saya masak…(huhuhu sedihnya….sebab sedap…tapi tetap kena beringat..Nak makan boleh, tapi dalam kuantiti yang SEDIKIT..)

 

2- Elakkan makan lambat dan elakkan perut kosong terlalu lama.

Biasanya pesakit gastrik akan cepat rasa pedih perut bila lapar. Dan orang yang ada gastrik juga tak digalakkan untuk makan lambat. Apa yang saya selalu buat, bila bangun tidur, saya akan pastikan saya isi perut dulu. Sama juga kalau saya terjaga tengah-tengah malam pukul 3 pagi dan rasa perut pedih, saya lebih suka isi perut dengan bancuhan ESP Shaklee. Tapi, jika anda belum pernah mengamalkan ESP Shaklee, anda boleh ambil biskut kraker kosong ataupun sedikit roti untuk mengalas perut sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Elakkan perut kita kosong terlalu lama. Pastikan dalam beg tangan anda sediakan sebungkus roti ataupun biskut untuk alas perut bila terlalu lapar.

 

3- Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa.

Jika saya terlalu lapar sekali pun, saya akan pastikan kuantiti makanan yang saya ambil adalah mencukupi dan tidak berlebihan. Jika saya makan dengan terlalu banyak, perut saya mudah berasa tidak selesa dan mudah rasa kembung. Jadi, saya akan pastikan kuantiti makanan yang saya ambil tidak berlebihan.Seeloknya makan banyak kali tetapi dalam kuantiti yang sikit, bukan makan sekali tapi kuantiti banyak.

 

4- Minum air masak 3 liter sehari

Saya akan pastikan saya minum air masak 3 liter sehari. Cara yang paling mudah untuk pastikan air yang saya minum dah cukup atau tak, saya gunakan botol air untuk sukat. Dan saya akan pastikan 3 liter air masak habis dalam masa satu hari. Jika badan kita cukup air, badan kita akan dapat berfungsi lebih baik. Jadi, minumlah air masak secukupnya. Untuk setiap 25 kg berat badan kita, air yang diperlukan adalah 1 liter.

 

5- Amalkan vitamin Shaklee

Selain daripada mengamalkan tips-tips di atas, saya juga mengamalkan supplement Shaklee. Antara vitamin Shaklee yang menjadi rutin harian saya adalah ESP Shaklee, B complex dan juga Ostematrix. Ketiga-tiga vitamin ini sangat-sangat membantu dalam mengurangkan gejala-gejala gastrik yang saya alami. ESP membantu saya untuk memberi kesan kenyang yang lebih lama dan dalam masa yang sama, ia membantu sel-sel dinding perut saya untuk pulih lebih cepat dan mengurangkan rasa pedih. Ostematrix adalah sumber kalsium dan bertindak seperti “ubat kapur” yang selalu diberi oleh klinik.

 

Jika anda juga sering mengalami serangan gastrik dan tiada idea untuk menyelesaikannya, cubalah dan beralihlah kepada Vitamin Shaklee. Kita ikhtiar dan cuba dengan pelbagai cara. Alhamdulillah saya sangat serasi dengan Shaklee dan jika anda mengambil vitamin Shaklee dengan cara yang betul, anda akan nampak kesannya. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Gastrik Shaklee, yang terdiri daripada ESP, Ostematrix dan B complex, anda boleh terus membuat tempahan anda di bawah, dan pihak Shaklee akan terus buat penghantaran ke alamat anda.

Dan jika anda mempunyai beberapa soalan berkenaan gastrik yang anda alami, dan memerlukan konsultasi premium daripada saya, saya sarankan anda terus hubungi saya di nombor di bawah.

Whatsapp/Sms : +019-6698505

Facebook : Chrysalis Nurul

 

 

with regards

 

Tips Elakkan Serangan Gastrik Tanpa Ubat

One thought on “Tips Elakkan Serangan Gastrik Tanpa Ubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge