Jarang kita dengar kaum-kaum ibu kat luar sana yang gemar melipat baju. Walaupun tidak dinafikan memang ada, tapi kebanyakannya sering mengadu dan mengeluh malas ataupun tak suka lipat baju. Akibatnya baju yang dah dibasuh bertimbun-timbun tak berlipat dan berlonggok dalam bakul besar. Kadang-kadang sampai tak lalu nak tengok bila banyak sangat baju yang tak berlipatkan? Mana taknya, baju suami, baju sendiri, baju anak-anak lagi. Tu baru baju untuk sehari, belum lagi kalau yang dah peram tak lipat baju sampai seminggu. Lagi terseksalah jiwa dan raga ni bila tengok bergunung-ganang baju belum lipat. Ada juga yang tertekan sampai nak pakai baju pakai buang je. Lebih senang katanya..hihi..

Ada di antara kita yang ambil jalan paling mudah, iaitu hantar upah untuk lipat baju.. Selesai masalah. Tapi, mungkin tak semua di kalangan kita yang dapat akses kemudahan khidmat lipat baju tu. Dan mungkin juga kita tak berpuas hati dengan cara lipatan ataupun cara susunan setelah baju-baju tu dilipat.

Jadi, hari ni saya nak share dengan korang semua, tips yang selalu saya buat masa lipat baju. Sebab saya memang suka lipat baju. Bila tengok baju dah siap lipat bersusun tinggi rasa puas sangat. Pastu metmsti tersengih sampai telinga. Mungkin tips saya bagi ni simple, tapi harapnya dapat memberi manfaat pada kaum-kaum isteri kat luar sana tu. Lipat baju dengan masa yang singkat dan cantik je tersusun. Nak susun masuk dalam almari baju pun senang.

Ada 5 step semua sekali. Korang follow satu-satu. Confirm cepat siap.

1- Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna..hehehe

2- Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni.
– Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar
– Seluar
– T shirt / baju
– Adik-adik (panties,bra,seluar dalam)
– Baju anak-anak
Dan jangan lupa, pastikan sebelum asingkan ikut kategori, tiada baju yang terbalik (dalam ke luar, luar ke dalam).

3- Lepas dah kategorikan, bolehlah mula melipat. Mulakan dengan kategori kain. Lipat semua kain dan susun ikut tuan punya badan. Kain pelikat suami, kain batik kita, tuala. Asingkan ye. Lepas habis lipat kain, sambung kategori seluar. Seluar suami, susun atas kain suami. Seluar kita susun ayas kain batik kita. Kalau ikut cara saya, saya susun lagi. Seluar panjang dulu, baru seluar pendek..hehehe.. Kemudian, teruskan lipat sampai habis kategori baju.

4- Untuk pakaian dalam yang kecik-kecik tu, saya lebih suka lipat seluar dulu, kemudian barulah yang lain. Susun ikut tuan punya badan jugak ye. Kalau stokin, saya akan lipatkan dan cantumkan ikut pasangan masing-masing.

5- Untuk baju anak-anak, saya akan pastikan baju yanh sepasang dilipatkan sekali bercantum baju dan seluar. Sebab nanti senang bila nak pakai takdelah kelam kabut jumpa baju seluar takde. Hehe

wpid-img_5830962911687.jpeg

Dah selesai…. Lepas dah siap lipat semua baju, bolehla minta suami tolong angkatkan bawaj masuk bilik untuk kita susun dalam almari. Kalau macam suami saya, dia ringan tangan tolong susun dalam almari terus. Alhamdulillah. Kalau korang ada anak yang dah besar dan boleh tolong angkat tanpa merosakkan lipatab korang tu, bolehlah suruh anak-anak angkat baju-baju tu bawa masuk bilik. Boleh ajar diorang buat kerja rumah sama-sama kan?

Lagi satu tips saya kalau nak lipat baju cepat siap, masa lipat baju, handphone letak tempat lain. Jangan sambil lipat baju sibuk scroll facebook ataupun main wassap. Kerja 20 minit pun jadi 3 jam nanti tak siap-siapkan? Jadi, fokus lipat kain sampai siap ye… Ingat tu..:-)

Diharapkan tips yang saya share hari ni, korang boleh amalkan dan mudah-mudahan dapat meringankan beban korang banyak baju belum lipat tu… Saya tak boleh nak tolong lipatkan, saya boleh bagi tips je. Okay dah… Sekarang dah boleh mulakan operasi lipat baju korang yang bergunung-ganang tu ye…:):)

Selamat melipat semua…Jumpa lagi nanti… Assalamualaikum…

Salam sayang,
Mama Chrysalis
WAHM 5 Figures

Tips Kemas Rumah : Tips Lipat Baju Cepat & Tersusun

4 thoughts on “Tips Kemas Rumah : Tips Lipat Baju Cepat & Tersusun

  • 19 September 2014 at 4:12 pm
    Permalink

    Memang ini la tip saya utk melipat baju..tapi x terpikir pulak benda ni pun blh buat entry..good sharing
    Yg bab handphone tu saya sokong 100%. Kerja setengah jam boleh kd 3 jam kalau handphone kat sebelah. Better silent kan terus.

    Reply
    • 23 September 2014 at 2:43 pm
      Permalink

      Thank u ummi sebab sudi baca entry saya…tp yg bab handphone tu memang betul lah..kalau pegang hp, kita tak sedar pun kejap je dah berlalu sejam…

      Reply
  • 22 December 2014 at 7:31 am
    Permalink

    salam sejahtera semuanya, nak kongsi ni, saya cara lipat baju dengan hanya berdiri sahaja sambil menyusunya ke dalam almari. Lagi cepat.

    Reply
  • 17 March 2015 at 10:01 pm
    Permalink

    fuh~ tqvm.. info y sgt2 mmbntu.. espsli org muda y dh brumatgga mcm sy.. hehe sakit mata tgo kain xbelipat.. tp nak melipat tu.. aduhaiiii punya lh liat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge