Mama Chrysalis a.k.a Mak Rama-rama, nama yang sangat sinonim dengan jiwa saya sekarang. Hampir 2 tahun saya menggunakan nama samaran ni, dan dengan nama ini jugalah blog saya ni terhasil. Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan “Chrysalis” tu. Dan ramai juga yang ingat “Chrysalis” tu nama dalam IC saya..hihihi…glamournya nama camtu..:-) InsyaAllah di entry akan datang, saya akan share kan apa maksud perkataan Chrysalis tu dan apa kena mengenanya dengan saya dan macam mana saya dapat nama tu.

Kali ni saya nak share, apa lagi yang korang belum tahu tentang saya. Ada 5 perkara saya nak bagitahu. Jom kita tengok, siapa sebenarnya Mama Chrysalis ni…

1- Mama Chrysalis mempunyai passion terhadap penyusuan susu ibu.
Ya, saya sangat-sangat berminat dengan breastfeeding dan fall in love with it bermula selepas melahirkan Ahmad Wafiy Hakim, anak sulung saya. InsyaAlah nanti bila-bila saya akan share pengalaman saya fully breastfeed kedua-dua orang hero saya. Dan saya sangat suka untuk membantu korang yang mempunyai keinginan untuk fully breastfeed anak masing-masing.

2- Mama Chrysalis adalah pengguna tegar Set Kurus Shaklee.
Ya, saya adalah pengguna dan pengamal tegar set kurus Shaklee. Saya sangat suka dengan set ni terutamanya pada Cinch Shake dan Omega Guard. Korang boleh baca pengalaman saya berjaya menurunkan berat sebanyak 16kg dengan Set Kurus Shaklee. Setiap hari saya amalkannya tanpa miss.

3- Mama Chrysalis adalah Pengedar Shaklee Berpengalaman
Saya telah mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee lebih kurang 4 tahun. Saya bermuka dengan Set Penyusuan Shaklee dan kemudianjatuh cinta pula dengan set kulit cantik dan sekarang saya lebih fokus kepada Set Kurus Shaklee. Pengalaman yang saya ada sepanjang 4 tahun ini, InsyaAllah akan saya gunakan untuk berkhidmat dan membantu orang lain. Dan pastinya konsultasi premium khas untuk anda.

4- Mama Chrysalis sangat gemar memasak.
Saya mempunyai minat yang agak mendalam dalam dunia masakan. Saya suka memasak bila ada orang nak makan. Saya juga sangat suka buat kek dan suka belajar buat kek. Salah satu impian saya, nak buka kedai pastry dan kek atas nama Mama Chrysalis Bakery. Best kan?

5- Mama Chrysalis suka basuh baju, sidai baju & lipat baju.
Biasa kita dengar, ramai yang tak suka lipat baju. Tapi saya, suka sangat. Hehe.. Sebab saya ada satu teknik yang selalu saya gunakan masa lipat baju supay lebih cepat siap dan nampak kemas susunannya. Kalau nak tahu, tunggu entry saya akan datang. 🙂

Cukuplah 5 perkara baru tentang Mama Chrysalis. Nanti saya akan tambah lagi untuk kita saling mengenali.

 

InsyaAllah kita jumpa lagi di entry akan datang ye. Daaaaa….~~

Yang Istimewa Tentang Mama Chrysalis

5 thoughts on “Yang Istimewa Tentang Mama Chrysalis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge